buat bakal suamiku ,
Sayang ... saya berdoa sayang dalam kalangan ini ... :)
1. Berkemampuan
sebagaimana hadis Nabi Riwayat
Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang
bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang
siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat
menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang
tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan,
serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang
dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai.
Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepadaisterinya, tetapi taraf kualiti
sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk
isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini
wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan
kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
2.
Tidak Dayus
Sanggup menjadi pembela
isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita
daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita
rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang
selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang
bakal menjadi suaminya.
3.
Pandai menjaga darjat diri dan
menepati janji
Apabila berkata dikota dan
diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan
itu.
4.
Berkebolehan didalam urusan
rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga
membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan
membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan
isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga
jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami
itu.)
5.
Mempunyai penuh kepercayaan
kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas
mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami
akan sentiasa menyangka buruk.
6.
Rajin, berpemikiran luas dan
tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri
lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik
peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan
menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya
secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya
pernah berjumpa dengan kisah ini:[Khadijah
ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin,
bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak
bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang
dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas
membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi
!"
Dan
sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu
sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa:
8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah
menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan
Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah
sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan
semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat
pula.)
7.
Mudah memaafkan.
Sifat ini adalah sebahagian
daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami
bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan
anak.
8.
Datang daripada keturunan
orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Mempunyai akhlak dan budi bahasa
mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah
dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh
membawa kepada kesengsaraan hidup.
Inilah serba sedikit
pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari
segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan
pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari
segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari
cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik
itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita
dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat
memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu
sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.
surah An-Nur ayat 3, “Lelaki
yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau
perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang
yang beriman.”
ikhlas ,
miss hano
25/6/2013 21:48
No comments:
Post a Comment