shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Saturday, May 17, 2014

Creutzfeldt-Jakob Disease

Creutzfeldt-Jakob disease (CJD) is a rare, degenerative brain disorder. Symptoms usually start around age 60. Memory problems, behavior changes, vision problems, and poor muscle coordination progress quickly to dementia, coma, and death. Most patients die within a year.
The three main categories of CJD are
  • Sporadic CJD, which occurs for no known reason
  • Hereditary CJD, which runs in families
  • Acquired CJD, which occurs from contact with infected tissue, usually during a medical procedure
Cattle can get a disease related to CJD called bovine spongiform encephalopathy (BSE) or "mad cow disease." There is concern that people can get a variant of CJD from eating beef from an infected animal, but there is no direct proof to support this.
NIH: National Institute of Neurological Disorders and Stroke
 
 
to be continued ...

Thursday, May 15, 2014

Tanggal 15 Mei 2014

Kiranya jika ditakdirkan Tuhan, kita masih bersama maka ia genaplah setahun.. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari....

Tampil aku kini membawa satu rahsia hati, kiranya satu perihal yang tiada dapat aku pendami seorang diri, eloknya aku bicarakan agar ia mudah jadi pedoman.

Kisahnya sahabatku ini, sahabat alam maya ,elok pekerjaannya lagi mulia... Seringkali kami bual bicara, tapi malam ini kelihatan intim sedikit mungkin kerana ia melibatkan soal hati. Ya hati... Tahukah tuan tuan dan puan puan ..Rasa cinta pengubat hati ...tapi ia juga boleh menyebabkan penyakit hati ???

Mula kisahnya padaku..Tidak tahu mengapa aku yang menjadi pilihan,sedangkan bukan profession ku seorang kaunselor, bukan juga penasihat cinta..Tapi seringkali ...banyak kisah menjadi tatapan halwa telinga.

Maka ..berkisarlah dia akan perihal dirinya, seorang yang aku boleh gelar abang(ialah bercerita pada adik-adik barangkali).. nyaris bukan abang betul, kalo tak dah lama sepit ketam menjadi taruhan.. hahahaha

Kisah hati ..bila mana hati menjadi sangsi akan perasaan sendiri , bila mana terjadi kesempitan hati,  tidak tahu bagaimana bicara akhirnya tersepit antara dua.Kisah hati disebalik mempunyai permaisuri luhur pekerti..hati masih berdebar melihat sang puteri. Adakah ini dugaan Ilahi ? Atau ini hanya satu permainan hati???

Jika diturutkan rasa hati sangsi jika ia perasan sendiri . Jika dibiarkan pedih hati walang sendiri. Jiwa kacau, si muda dicari untuk luahkan kacau-bilau.Si muda yang naif cuba mentakrif walhal diri sendiri amatlah jahil. Berbekalkan ilmu kalam dunia cuba menasihati si jejaka yang derita. Dalam menasihati hati sendiri termenung sepi , mengenal erti kancah kehidupan ini. Ahhh... Pada hubungan yang tentu2nya sah boleh tergadah.. Inikan aku pula yang tiada hujung pangkalnya?? Mengeluh aku sendiri lantas membawa jari jemari mencari papan kekunci.. Menceritakan perihal diri dalam segi bahasa yang aku sendiri prejudis mencari ketenangan diri.

Wahai abangku sahabatku , aku hanya mampu menasihati , ingatlah pada yang setia mengasihi, banyakkanlah berdoa buat ketetapan hati, moga kelahiran cahaya mata barumu ini , akan mensirnakan rasa sangsi dalam hatimu ini. Doaku buatmu abangku sahabatku ,jagalah isterimu, buanglah si dia yang menggoyahkan hatimu .. Moga bahagia dengan yang satu hingga anak cucu.

dari aku si muda yang mencari konklusi diri.


~~~take care~~

Tuesday, April 22, 2014

PERHENTIAN ISLAND 2

**** sambungan ****


DAY 2

08:00 - bersiap-siap , pergi breakfast guna baucer chalet .

10:15 - dah sedia kat tempat water taxi ( "TAXI SERVICE") untuk long trip snorkeling. 
LONG TRIP : coral point , shark point , turtle point , fisherman's village and romantic beach .
SHORT TRIP : coral point , shark point , turtle point ONLY .






nervous ni.. first time nak  snorkeling , selalunya berenang -renang di tepian ^_^



snorkeling , shark point .. tapi shark tak nak timbul pulak ... malu kot sebab abang ni hensem sangat .,... haha ... masing2 frustrated sebab shark point ni current dia .. huish ..kenyang telan air laut .. nyum...nyum...



haaa... inilah fisherman's village (tempat makan) ... ganas ore kampong sini ... kita cakap punya sopan... dey'all jawab bahasa enggeris ... WOW!!!! mahal makan kat sini taw ;)



 lepas makan , tunggu abang boat sampai . pastu tanya dia pasal kincir angin .. ehem..ehem ... baik punya driver dia bawak ktorg pergi tempat kincir angin yg tak tersenarai dalam list .. hehe ^_^
 (selamat RM60 ... sesiapa yang nak pergi tempat ni kena amek taxi taw , satu trip RM 30 :o)














abang ni lah , siap teman ktorg naek trekking ke kincir angin ... tapi dia punya stamina ... abeh ktorg kena tinggal kat belakang , ayat dia "adila , elisa ...  kalau ada pape .. jerit" ... pastu grin ;) : haiyyaaa ... 

****bersambung****





PERHENTIAN ISLAND



PULAU PERHENTIAN KECIL


 Salam muhibbah ,salam satu Malaysia.. ecehhh..semangat m'sia ni .. hihi .
Ok ... nak cerita ni , hari tu ganu ^_^ .. bercuti sakan kita ... hihi 


TATACARA PERJALANAN 

18/4/2014

12:00 - bertolak dari rumah , isi minyak RM 50 sbb tgl 2 line jer (naik kereta Honda cik adila )
14:00 - PIT STOP pertama , R&R genting sempah , nak lunch la kononnya , punya pack manusia , last2 makan Mc'D.
16:30 - PIT STOP kedua lepas isi minyak kat Kemaman (RM50) , berehat sekejap kat hentian mana tah , lupa laaa... Cik Pilot ngantuk ... benti keta dgn enjin dan  aircond x tutup , baru nak lena , tetiba ada pakcik ni ketuk cermin kereta , " Tak elok kalo duduk dalam kereta enjin x matikan , dia boleh jadi pembunuh yang senyap " (perghhh.. seram dengar , TERIMA KASIH pakcik atas nasihat . Last2 ktorang bangun pergi toilet berbayor tu ( takde org jaga , mmg x bayar lah :p)

18:00 - mula perjalanan , lagu mp3 dr awal sampai tammat , x sampai2 lagi Kuala Terengganu

 20:30 - PIT STOP ketiga ,berhenti makan dekat area Chendering , kononnya nak makan masakan panas la sebab perut da sebu satu hari x jumpa nasi ... ( dah macam MUMIA cari otak.. haha)

21:30 - PIT STOP keempat ,tersadai dekat pantai Batu Burok sekejap , sebab tengah tanya abang satelite arah jalan nak pergi Kuala Besut :p . OK jumpa .Hasil bantuan kawan cik adila , ktorang lalu guna jalan Permaisuri , jalan pantai sunyi katanya :O , tapi nak dijadikan cerita , jalan permaisuri ni lagi  sunyi la , xde lampu jalan pon !!!!! Grrr ... ok bertenang , cik pilot pon drive.

19/4/2014

00:00 -  Tepat pukul 12 malam , sampai dekat jeti kuala besut ... ehhh , xde kedai pon nak beli roti ke ape 
 ( nasib baik dah pack siap2) . Misi pencarian tempat tido . Last2 jumpa Nan Hotel nii ... dekat jer dengan jeti. Ingatkan hotel orang cina , rupanya orang melayu .. Pheww lega . Sian kat makcik tu . " Dari mano ni , lewat sampai? " "Dari putrajaya makcik " :)) ( 12 jam perjalanan) 


NAN HOTEL RM 59

1 bed (king size) ,1 bed (single size) ,with attached bathroom and fan.

( amek yang murah ajelerr ,dan yang available )

07:00 - bersiap-siap , nak cari boat ticket dekat jeti ( Haaa... lupa nak bagitau , ktorang tak ambil pakej pon , just tempah chalet jer , sbb hujung minggu selalu penuh ^_^ ) , so tak berapa nak backpackers sgt la kan.. hewhewhew.

08:15 - pergi jeti , nak cari agen bot , haaa .. jumpa Perhentian View Holiday ( Services : boat ticket, boat chartered, room reservation, snorkeling trip, island hoping, jungle trekking, diving couse, canoeing, candat sotong /squid jiggling , bus ticket , & mini van transfer , contact **Rosfida Binti Abdullah = 0199323221/0179388008) , so tiket bot RM70 pergi balik .

09:00 - tak sempat nak breakfast , last2 tapaw nasi kerabu dengan air mineral botol besar , hehe , sbb encik bot kata kol 9 pagi nak gerak dah ... penumpang yg lain dah naik bot , tinggal ktorang dua orang berlegar2 . 
haa... lupa kereta kena parking kat tempat berbayar , sbb selepas pukul 6 petang amatlah sunyi kawasan jeti tu , x selamat nak tinggal kereta macam tu jer ^_^ , parking 2 hari RM 24 , (cik adila kena ketuk dengan pakcik tu aku rasa ) .. tapelah ... Jom naik bot!!!


SPEED BOAT , BUKAN FERRY ...ehemm



30 minutes of journey ... wow ..dah nampak kincir angin ;)



Nampak tak , tula jeti ... punya jauh nak menapak kat chalet kitorang tu .. huhuhu , janganlah, please , mintak tolong la gegurl sekalian jangan bawak luggage ok ^_^



SENJA BAY RESORT

09:30 - tersampai awal lah pulak , check - in pukul 2 petang ker :o  .. huhuhu , so terpaksa la merayau2 dulu kat area sini .








light house ...






SENJA CAFE 


12:00 - Check-in bilik .. fuhh lega .. panas gila uolss :'( ... mujur dapat check-in awal .. hehe


tree-house , sea-view room with attached bathroom  ^_^

sian budak ni , kena jadi model dok berbayor .. haha :p


maaflah ...penat pusing dia nak senget jugak :O
14:30 - bermulalah aktiviti DAY 1 . Jungle Trekking ke Long Beach . Lebih kurang 15 minit perjalanan yang jalan laju2 .. haha 


memang dah ada trek , senang lah jugak , tapi kalau malam2 x digalakkan perempuan jalan tanpa pengiring yang gagah perkasa , kawasan ni sunyi dan takde lampu , walaupon malam ramai orang lalu rasanya ( orang pulau bagitahu yer)


Area Mohsin Chalet , lupa nk amek gambar chalet nya :p

here , we come .. Long Beach

serius .. cantik sangat tempat ni ...

Nak basuh mata pon boleh ... huhuhu




15: 30 - balik chalet , rehat2 .. akhirnya zasss ... tertiiiidoooo ... hahahah ... 

18: 30 - melompat pergi mandi laut ( ok.. tipu la ni ) ... nak g tengok sunset.. tapi hampa lak ... 




Ok ..dah magrib .. waktu untuk balik bilik ....
20:00 - berehat di bilk sahaja ... tamat DAY 1 .


GAMBAR EHSAN GOOGLE

bersambung http://lieliesa90.blogspot.com/2014/04/perhentian-island-2.html