KURSUS DIPLOMA KEJURURAWATAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 3 SEMESTER 1
NURSING RESEARCH (NNRH 3122)
TAJUK KAJIAN:
MEDICATION ERROR DALAM KALANGAN
JURURAWAT PELATIH KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA
(KUMPULAN 2/2009)
TEMPOH TUGASAN
MINGGU KE-2 HINGGA KE-12
****hak milik elisa****
1.0 PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zaleha Abu Bakar, Pengarah Kolej Kejururawatan Melaka, kerana telah membenarkan kami melakukan kajian ke atas pelatih-pelatih Kolej Kejururawatan Melaka. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada Puan Hamsiah Bin Ahmad sebagai pengajar subjek Nursing Research yang telah memberi dorongan, cadangan, komen dan sokongan yang ikhlas dan bernas sepanjang kajian ini dijalankan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lau Kwee Teck, yang juga merupakan sumber untuk mendapatkan idea, motivasi dan berkongsi pengalaman ketika beliau melakukan kajian semasa melanjutkan pelajaran.
Terdapat juga individu lain yang memainkan peranan penting dalam usaha menyiapkan kajian seperti penglibatan Semester 3, 4, 5, dan 6 yang sudi menjadi responden dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli kumpulan kami yang banyak membantu mendapatkan maklumat, bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk menyiapkan kajian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Di samping itu, jutaan terima kasih kepada perpustakaan Kolej Kejururawatan Melaka yang membenarkan kami meminjam buku-buku , jurnal dan naskah berkaitan dengan medication error sebagai bahan rujukan dalam menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali ,ucapan terima kasih juga ditujukan kepada individu – individu
yang secara langsung dan tidak langsung telah memberi sumbangan dalam penghasilan kajian ini. Sekian , terima kasih.
Abstrak
Medication error merupakan suatu kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan jururawat. Pengetahuan mengenai medication error penting bagi mengelakkan kesilapan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan jururawat pelatih mengenai punca medication error dan langkah bagi mengatasi medication error semasa didalam kawasan klinikal.
Kajian ini dilakukan terhadap 72 orang responden dan instrument kajian yang dijalankan adalah soal selidik.
Kajian ini hanya dijalankan pada Semester 3, 4, 5 dan 6 kerana responden ini telah menerima teori dan pengalaman menjalani praktikal dikawasan klinikal berkaitan dengan pemberian ubatan . Penyelidik tidak mengambil Semester 1 kerana mereka belum mempelajari subjek Pharmacology manakala bagi Semester 2, mereka baru mempelajari subjek Pharmacology tetapi belum menjalani amalan sesi praktikal dikawasan klinikal.
Data dianalisa oleh pengkaji dan lakaran dilakukan menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel.Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan pelatih mengenai medication error adalah tinggi mengenai punca berlakunya medication error dan langkah untuk mengatasinya . Oleh kerana tahap pengetahuan pelatih mengenai medication error adalah tinggi , kebanyakkan pelatih tidak mempunyai pengalaman dalam medication error.
2.0 PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN
2.1 Penyataan masalah
Medication error dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Melaka.
2.2 Hipotesis
Mengkaji hubungan antara pengetahuan jururawat pelatih mengenai medication error dan pengamalan mereka semasa praktikal.
2. 3 Objektif kajian
Objektif umum (am)
Mengkaji amalan dan pengetahuan medication error dalam kalangan jururawat
pelatih
Objektif spesifik
a) Mengkaji punca medication error.
b) Memberi cadangan penambahbaikkan bagi mengelakkan kejadian
medication error.
2.4. Istilah dan definisi
Medication error :
· Cara pemberian yang tidak betul atau salah ubat , seperti kesilapan dalam dos atau cara pemberian , kegagalan untuk menetapkan atau memberi ubat yang betul atau formulasi bagi penyakit atau keadaan tertentu , penggunaan dadah yang sudah luput tarikh , kegagalan untuk mematuhi masa yang betul bagi pemberian dadah,atau kurang kesedaran tentang kesan buruk daripada kombinasi dadah tertentu.
Dos :
· jumlah ubat yang diberi.
Kombinasi :
· gabungan.
Jururawat pelatih :
· orang lazimnya perempuan yang kerjayanya merawat pesakit di hospital dan orang yang sedang menerima latihan atau pelajar.
3.0 Literature review :
Keselamatan pesakit merupakan asas kepada kualiti kejururawatan dan penjagaan kesihatan. Malangnya ia boleh terjejas hanya dengan satu masalah iaitu medication error iaitu satu isu yang global bukan sahaja di Malaysia malahan berlaku di luar negara contohnya Amerika. Menurut kajian oleh Leape et al (1991) dianggarkan seramai 7000 orang mengalami kematian dalam setahun disebabkan medication error. Ini menjadikan ia sebagai penyebab ke-8 kematian bagi rakyat Amerika. Masalah ini seharusnya dicegah dengan menggunakan teknologi yang canggih dan prosedur yang standard bagi setiap jururawat untuk mengurangkan kadar morbidity dan mortality pengguna.
Apakah yang dimaksudkan dengan medication error ? Menurut National Patient Safety Agency (NPSA 2003), medication error merupakan suatu kejadian yang boleh membawa keburukan kepada pengguna ubatan jika ia digunakan dengan tidak tepat sedangkan masih dalam kawalan jururawat ataupun pengguna. Berbeza pula dengan pendapat Joint Commission on Accreditation of Hospital Organizations mengatakan medication error adalah satu tindakan yang tidak diingini samada pengabaian atau kerosakan yang berlaku ataupun tindakan yang tidak mencapai sesuatu tujuan. Ini membawa maksud bahawa seseorang yang mengabaikan sesuatu tindakan sehingga menyebabkan tujuan utama tidak tercapai.
Setiap langkah dalam perawatan yang dijalankan oleh jururawat mungkin boleh menyebabkan medication error. Pengiraan dos ubatan yang salah seringkali terjadi pada bayi dan kanak-kanak kerana dos yang diberi perlu diubah suai mengikut berat dan umur pengguna. Ini dibuktikan oleh satu kajian daripada The Food and Drug Administration (FDA 2003) Med Watch iaitu sebanyak 105 kesalahan daripada 1000 pesakit kanak-kanak menerima kesalahan ubatan. Menurut Guidelines Medication Error Reporting oleh Eisah, A.R. (2009). Medication error tidak sahaja disebabkan oleh salah pengiraan dos,tetapi juga disebabkan kesalahan dalam preskripsi ubatan, pengabaian dalam pemberian ubatan, masa pemberian ubatan yang salah, kesalahan dalam penyediaan ubatan, dan pesakit yang tidak compliance pada ubatan. Berbeza dengan pendapat Allan dan Barker (1990), jenis medication error dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada prescribing, dispensing dan administration.
Justeru itu, beberapa langkah penyelesaian perlu diaplikasikan untuk mengurangkan kadar medication error. Cadangan oleh The Massachusetts Nurses Assosiation supaya mengamalkan prinsip Six Right (Colleron-Cook 1999) iaitu right patient, right dose, right time, right route, right documentation and right to refuse. Ini disokong oleh Melissa C.S(2005),iaitu kepentingan mengamalkan prinsip Five Right. Menurut Matt Griffiths(2009) pengendalian ubatan yang selamat adalah dengan melakukan double checking. Ini turut dinyatakan dalam pendapat oleh Fijin et al(2002).
Tambahan pernyataan oleh Wyles and Rehman (2005) pemberian ubatan perlulah teliti. Medication error dalam kalangan jururawat pelatih boleh dielakkan dengan penyeliaan daripada jururawat klinikal untuk pemerhatian semasa pemberian ubatan. Manakala pendapat oleh Davies et all (2009), beliau menyatakan bahawa komunikasi diperlukan di antara pemberi ubatan dan individu yang menerima ubatan. Selain itu, jururawat pelatih juga digalakkan untuk menghadiri program orientasi sebelum menjalani praktikal di penempatan klinikal supaya dapat lebih mengenali kawasan dan kedudukan klasifikasi setiap ubatan.
Kesimpulannya , jururawat hendaklah mengamalkan pelbagai cadangan oleh mereka yang terlibat contohnya komunikasi yang baik, amalkan prinsip Six Right dan double checking supaya dapat mengelakkan kesan buruk kepada pengguna ubatan seperti kematian.
(470 patah perkataan)
4.0 Reka bentuk kajian dan metodologi
4.1 Reka bentuk
Kajian ini bermula pada minggu ke-2 iaitu pada 4 Julai 2011 dan berakhir pada minggu ke-12 iaitu pada 30 September 2011.
Pengkaji menggunakan research design berbentuk quantitative dan qualitative dimana kajian kami adalah untuk mencari perhubungan , sebab dan kesannya serta menghubungkaitkannya dengan hypothesis yang telah ditetapkan.
Quantitative yang kami pilih berdasarkan descriptive manakala qualitative pula berdasarkan phenomenology.
4.2 Penetapan, populasi dan sample
Kajian ini telah dijalankan pada 11 Ogos 2011 di Kolej Kejururawatan Melaka dan diadakan di tempat yang berlainan bagi setiap semester. Bagi semester 3 , 4 dan 5, kajian dijalankan di dewan kuliah masing-masing. Manakala bagi semester 6, kajian dijalankan di Blok Cempaka pada waktu rollcall pelatih. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 294 orang.
Penyelidik telah memilih kaedah rawak berlapis dan sistematik untuk memilih sample dalam kajian ini. Sebanyak 25 peratus responden dari setiap semester telah terpilih sebagai responden berdasarkan kaedah rawak berlapis iaitu Semester 3 seramai 18 orang , Semester 4 seramai 23 orang , Semester 5 seramai 11 orang dan Semester 6 seramai 20 orang dan setiap pelatih dipilih melalui nilai gandaan 4 melalui kaedah sistematik . Jumlah responden yang terpilih adalah seramai 72 orang .
4.3 Prosedur pengumpulan data dan peralatan
Pengkaji telah mengumpul data melalui Questionnaires berbentuk borang soal selidik yang diberikan kepada responden bagi mendapatkan maklumat dan membantu dalam pengumpulan data dengan lebih tepat.
5. Data analisis dan interpretasi data
5.1 Penemuan
Pengukuran data telah menggunakan descriptive statistics supaya mudah difahami iaitu dalam bentuk penjadualan dan graf. Dalam lakaran jadual pengkaji menggunakan program Miccrosoft Office Word manakala graf pula menggunakan program Microsoft Office Excel.
Soalan 1: Kesilapan pemberian ubatan adalah kerana keliru tentang ubatan yang perlu diberikan
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung
Tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
0
|
0
|
22
|
30.55
|
35
|
48.6
|
15
|
20.8
|
Peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 35 responden bersamaan 48.6% mengatakan tidak setuju dengan soalan diberikan .Ini membawa maksud kesalahan pemberian ubatan adalah bukan disebabkan oleh para pelajar yang keliru tentang ubatan yang perlu diberikan.
Soalan 2: Masalah dalam kemahiran mengira ubatan menyebabkan medication error
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
0
|
0.00
|
47
|
65.28
|
22
|
30.56
|
3
|
4.17
|
Peratusan yang paling tinggi adalah maklumbalas untuk setuju adalah seramai 47 responden iaitu 65.28 % dari jumlah keseluruhan respondan. Ini kerana pengiraan ubatan adalah salah satu kemahiran dalam pemberian ubatan.
Soalan 3: Kekurangan staf di wad merupakan punca ubatan tidak dapat di berikan kepada pesakit pada waktu yang di tetapkan.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
Langsung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
6
|
8.33
|
46
|
63.89
|
18
|
25.00
|
2
|
2.78
|
Peratusan yang paling tinggi iaitu seramai 46 responden (63.89%) mengatakan setuju dengan soalan yang diberikan.Ini kerana kekurangan staf menyebabkan pemberian ubatan tidak dapat diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Soalan 4: Jururawat pelatih kurang kemahiran dalam pengiraan ubatan
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan
(%) |
Langsung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
1
|
1.39
|
29
|
40.28
|
28
|
38.89
|
5
|
6.94
|
Peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 40.28% iaitu seramai 29 responden mengatakan setuju dengan soalan yang diberikan.Pengiraan ubatan yang salah boleh menyebabkan pemberian dos ubatan yang diberi tidak tepat.
Soalan 5 : Tulisan yang tidak jelas di dalam preskripsi.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
14
|
19.44
|
39
|
54.17
|
17
|
23.61
|
2
|
2.70
|
Seramai 39 orang responden (54.17%) menyatakan rasa setuju bahawa tulisan yang tidak jelas di dalam preskripsi punca penyebab medication error. Ini kerana ia mendatangkan kekeliruan mengenai nama ubatan semasa pemberian.
Soalan 6 : Kegagalan jururawat pelatih untuk berkomunikasi.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
4
|
5.55
|
35
|
48.61
|
29
|
40.28
|
4
|
5.56
|
Seramai 48.61% responden bersamaan 35 orang menyatakan rasa setuju bahawa kurang komunikasi dikalangan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan. Ini kerana komunikasi penting sekiranya jururawat pelatih tidak mengetahui ubatan yang di prekripsikan, mereka perlulah bertanya kepada mereka yang lebih mahir contohnya jururawat klinikal.
Soalan 7 : Stress semasa bekerja menyebabkan kurang tumpuan dalam pemberian ubatan.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
2
|
2.78
|
29
|
40.28
|
36
|
50.00
|
5
|
6.94
|
Jadual menunjukkan 36 orang responden (40.28%) tidak setuju dengan kenyataan di atas. Kemungkinan kebanyakan jururawat pelatih telah menangani stress secara bijak dan dapat menumpukan perhatian semasa pemberian ubatan.
Soalan 8 : Penyukatan ubatan cecair dengan hanya memegang botol dan measuring cup dengan kedua-dua belah tangan serta diangkat pada paras mata adalah betul.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
14
|
19.44
|
36
|
50.00
|
16
|
22.20
|
6
|
8.33
|
Seramai 36 orang responden (50%) menyatakan rasa setuju bahawa kurang komunikasi dikalangan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan adalah punca medication error.
Soalan 9: Pemberian ubatan oleh jururawat pelatih mestilah dipantau oleh jururawat terlatih bagi mengelakkan medication error.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
54
|
75.00
|
18
|
25.00
|
0
|
0.00
|
0
|
0.00
|
Peratus amat setuju paling tertinggi iaitu 54 orang responden (75%).Ini membuktikan kebanyakkan pelatih lebih selesa di pantau oleh jururawat terlatih supaya lebih yakin dalam pemberian ubatan
Soalan 10: Jururawat pelatih perlu double checking dalam pengiraan dos ubatan.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
49
|
68.06
|
17
|
23.61
|
5
|
6.94
|
1
|
1.38
|
Didapati peratus tertinggi adalah amat setuju iaitu 49 orang responden (68.06%).Ini kerana Double checking merupakan langkah dalam pemberian ubatan bagi mengesahkan ia adalah ubatan yang betul.
Soalan 11:Latihan praktikal bagi jururawat pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pemberian ubatan.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
52
|
72.20
|
20
|
27.80
|
0
|
0.00
|
0
|
0.00
|
Seramai 52 orang responden (72.20%) amat setuju dengan soalan yang diajukan iaitu latihan yang kerap akan mebolehkan seorang jururawat itu lebih mahir dalam pemberian ubatan kerana pernah mendapat pengalaman yang banyak.
Soalan 12:Jururawat pelatih perlu mengetahui jenis ubatan yang telah dipreskripsikan oleh doctor supaya dapat mengetahui kesan sampingan.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
47
|
65.30
|
25
|
34.70
|
0
|
0.00
|
0
|
0.00
|
Maklumbalas tertinggi iaitu amat setuju bagi setiap semester 3,4,5 dan 6 mengenai jururawat pelatih perlu mengetahui setiap jenis ubatan supaya dapat mengenal pasti kesan sampingan ialah 47 orang responden (65.30%). Mengetahui kesan sampingan ubatan adalah penting kerana untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk seperti organ shutdown.
Soalan 13 – Pemberian ubatan perlu direkod dalam carta medication
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
57
|
79.20
|
15
|
20.8
|
0
|
0.00
|
0
|
0.00
|
Menurut hasil daripada kajian soal selidik peratus yang tertinggi bagi nilai pemilihan amat setuju iaitu seramai 57 orang responden (79.20%). Rekod di dalam preskripsi ubatan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemberian ubatan berulang-kali.
Soalan 14 –Salah mentafsir ubat yang diprekrisi oleh doctor boleh menyebabkan medication error.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
31
|
43.06
|
41
|
56.94
|
0
|
0.00
|
0
|
0.00
|
Menurut hasil daripada kajian questionnaire bilangan yang tertinggi adalah setuju iaitu 41orang responden (43.06%). Kebanyakkan pelatih bersetuju kerana pegawai perubatan seringkali menulis preskripsi dengan tulisan yang tidak jelas dan ia boleh mendatangkan kekeliruan dan kesilapan mentafsir nama ubatan
Soalan 15 – Gangguan daripada individu lain semasa pemberian ubatan menyebabkan kesilapan berlaku.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
10
|
13.89
|
47
|
65.28
|
14
|
19.44
|
1
|
1.39
|
Menurut hasil daripada kajian questionnaire yang tertinggi ialah bagi setuju iaitu seramai 47 orang responden (65.28%).Gangguan yang di maksudkan di dalam soalan ini adalah seperti permintaan bantuan daripada doktor atau gangguan bising dari pelawat akan mengganggu tumpuan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan.
Soalan 16 – Singkatan pada prekripsi ubat menyebabkan kekeliruan jururawat pelatih.
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
16
|
22.22
|
43
|
59.72
|
11
|
15.28
|
1
|
1.39
|
Peratusan yang paling tinggi ialah setuju iaitu seramai 43 orang responden (59.72%). Singkatan pada preskripsi ubatan boleh menyebabkan jururawat pelatih keliru dengan nama yang di tulis , sebagai contoh di antara tablet Maxalon dan Naloxone.
Soalan 17 : Kesalahan Meletakkan Titik Perpuluhan Dos Ubat
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
20
|
27.78
|
39
|
48.05
|
2
|
2.78
|
1
|
1.39
|
Peratus responden tertinggi ialah bersetuju iaitu sebanyak 39 orang responden (48.06%). Ubatan yang disalah letak titik perpuluhan boleh menyebabkan dos yang diberi berlebihan atau berkurangan.
Soalan 18: Mengetahui Tindakan Dan Kesan Sampingan Setiap Ubat Yang Diberi
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
Setuju
|
Peratusan (%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan (%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
3
|
4.22
|
50
|
69.40
|
18
|
25.00
|
1
|
1.39
|
Peratusan yang paling tinggi ialah setuju iaitu 69.40% bersamaan 50 orang responden. Mengetahui tindakan dan kesan sampingan ubatan merupakan langkah bagi mengelakkan medication error.
Soalan 19: Meringkaskan Tatacara Dalam Pemberian Ubat Disebabkan Keadaan Wad Yang Sibuk
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan
(%)
|
Setuju
|
Peratusan
(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan
(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan
(%)
|
(n=72)
|
1
|
1.39
|
16
|
22.22
|
42
|
58.33
|
13
|
18.05
|
Maklumbalas tidak setuju telah mencatatkan peratus tertinggi iaitu 42 orang responden (58.33%). Kebanyakkan jururawat pelatih tidak menyokong fakta ini kerana wad yang sibuk tidak mendorong seseorang itu meringkaskan tatacara tetapi ia adalah bergantung pada sikap jururawat pelatih itu sendiri.
Soalan 20 : Pernah Melakukan Pemberian Ubat Yang Salah Kepada Pesakit Akibat Kecuaian
Semester
|
Amat setuju
|
Peratusan(%)
|
Setuju
|
Peratusan(%)
|
Tidak setuju
|
Peratusan(%)
|
Lansung Tidak Setuju
|
Peratusan(%)
|
(n=72)
|
3
|
4.17
|
13
|
18.06
|
31
|
43.05
|
25
|
34.72
|
Peratusan dari soalan ini menunjukkan 31 orang responden (43.05%) mengatakan tidak setuju mengenai pengalaman pernah melakukan medication error akibat kecuaian sendiri. Peratusan yang tinggi mungkin kerana pelatih telah menerima teori untuk menjalankan tatacara berdasarkan prinsip Six Right.
5.2 Perbincangan
Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa majoriti jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Melaka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai medication error. Mereka juga telah sedia maklum mengenai punca-punca yang menyebabkan medication error . Oleh itu,kami telah memberi beberapa cadangan supaya jururawat pelatih mengekalkan teknik pemberian ubatan yang betul bagi mengelakkan medication error berlaku.
5.3 Limitasi kajian
Masalah yang timbul sepanjang kajian di jalankan:
1. Pengkaji tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan kajian menyebabkan pengkaji menghadapi masalah bagi menentukan hipotesis mengenai tajuk yang dikaji .
2. Masa untuk kajian yang diperuntukkan adalah terhad,menyebabkan pengkaji mengalami masalah dalam kajian.
5.4 Implikasi kajian
Implikasi pada kajian yang dilakukan oleh kami dapat mengenalpasti masalah medication error dalam kalangan jururawat pelatih kolej kejururawatan melaka, dimana ia disebabkan oleh sikap diri dan pengaruh luaran seperti jururawat terlatih dan
doktor. Keputusan matematik yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat mempengaruhi responden dalam pemberian ubatan. Ini dapat dibuktikan dalam peratusan setuju responden yang tinggi mengenai kemahiran pengiraan ubatan. Kebanyakkan responden juga mengetahui kepentingan tindakan setiap ubatan dan kesan sampingan yang telah diberi ke atas pesakit bagi mengelakkan medication error berlaku.
5.5 Cadangan
Pihak kami telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mencegah medication error berlaku dalam kalangan jururawat pelatih:
- Setiap pelatih dikehendaki untuk menyediakan nota kecil berkaitan dengan ubat-ubatan supaya mudah untuk membuat rujukan ketika berada di wad.
- Pelatih perlu tingkatkan kemahiran diri dalam pemberian ubatan.
- Pelatih juga hendaklah dipantau dan dibimbing oleh staf terlatih ketika pemberian ubatan dipraktikan di wad dari semasa ke semasa.
- Mengamalkan teori pemberian ubatan ketika pemberian ubatan iaitu melalui prinsip ‘6R’.
- Jururawat pelatih juga hendaklah sentiasa peka dalam prekripsi ubatan yang ditulis oleh doctor dari segi dos,nama ubat, masa pemberian dan nama pesakit adalah betul.
- Jururawat pelatih haruslah diberi pengetahuan tentang ubatan sebelum memberi ubatan kepada pesakit dari segi tindakan ubatan dan kesan sampingan ubatan perlu diketahui.
- Jururawat pelatih juga mestilah diberikan ujian matematik untuk menilai kecekapan pengiraan ubatan serta dapat meningkatkan kemahirannya.
5.6 Kesimpulan
Tahap pengetahuan mengenai medication error adalah pada tahap tinggi . Hal ini disebabkan beberapa faktor yang telah dijelaskan pada bahagian implikasi.Terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap pengetahuan jururawat pelatih dalam medication error.Oleh kerana pengetahuan responden medication error tinggi kebanyakkan responden tidak mempunyai pengalaman dalam medication error.Berdasarkan keseluruhan kajian penyelidik mendapati kajian ini mencapai objektif dan hipotesis adalah tepat.
(2147 patah perkataan)
Bibliografi atau rujukan
· Fijin et al . (2002). Profesional Accountability : Nursing Standard 2003 , 18, 2, 53.
· Eisah, A.R. (2009). Guideline On Medication Error Reporting ( 1st Edit ) Malaysia
: Ministry Of Health Malaysia.
· Matt, G. (2009). Reflections Medicines Management : Nursing Standard 2009, 23, 46, 28.
· Allan and Barker, (1990). Medication Error : Profesional Issues And Concern : Nursing Older People 2006, 18, 3, 29.
· Leape et al. (1991). Medication Error : Profesional Issues And Concern : Nursing Older People 2006, 18, 3, 27.
· NPSA, (2003). Medication Error : Nursing Older People 2006, 18, 3, 29
· Wyles and Rehman, (2005). Polypharmacy In Older Adults : Nursing Standard 2011, 25, 38, 54.
· Davies et al. (2009). Polypharmacy In Older Adults : Nursing Standard 2011, 25, 38,
53.
· Melissa,C.S, MD (2003). The Most Common Medication Error. Retrieved 11 April
2005, from http:// www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=55234
· Colleran-Cook, (1999). Congres Of Nursing Practice. Retrieved 2 August 2011, from
· Geiter ,H.(2001). Medication errors. Retrieved 20 July 2011, from
· Nadzam,D,M.(1995). About medication errors. Retrieved 20 July 2001,from
No comments:
Post a Comment