shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Saturday, April 24, 2010

sIaPa mErEkA Di hAtIkU ??

salam buat semua ...


ni la aku masa dulu2 nak jadi gurlish tapi tak jalan daaa..... hihihi
kali ni aku tak tahu nak mulakan cerita ni macam mana ...
permulaan dari usia aku mula meningkat remaja ... mengenal erti apa itu B.E.R.D.I.K.A.R.I. mula mengenali apa tu erti S.A.H.A.B.A.T ... sukar tapi dari sanalah aku mengharungi usia remaja ku kini .

berusia masih belasan tahun dan aku masih lagi mencari identiti diri , siapa aku ?! siapa aku ?? itulah yg sering terlakar dalam mindaku saban hari ... aku mula belajar tinggal berjauhan dari keluarga, aku mula kepingin kebebasan , jauh dari kawalan keluarga, namun walau ma dan abah jauh , aku tetap aku... menjaga diriku umpama ma dan abah masih disisiku, sudah kalih barangkali . kian menongkah arus aku makin mengenali sifat diri ...

seorang yang tidak sukakan kebisingan yang melampau , panas baran tapi cepat cool, mudah sangat tersinggung terutamanya denagn orang yang aku sayang. kuat cemburu dan mudah jatuh kasih ... kadangkala aku agak memilih dalam menjalin hubungan ...

aku sempoi je kalo dalam bab2 fesyen ni , make up sumer kuren laa ... kadang2 melawa juga kalo involve dalam majlis tuee.. waa ni e da agak terpesong ni.. back to topic ! siapa mereka di hatiku??
seronok dan agak bangga la.. bila dah ditawarkan masuk MATRICULATION COLLEGE ... huhu ... ramai juga yg mempertikaikan .. siapa lagi SAUDARA MARA laa... bukan nak support kita yang nak pergi belajar ni, memperlekehkan lagi adalah, jealous sebab anak2 dey'all tak belajar tinggi pun . aku pendam dalam hati je kata2 dyowang, aku akan buktikan aku boleh tamatkan pelajaran aku kat matrik dan masuk U.
setahun di MATRIK , penatttt ... belajar macam nak gila ... in the final aku lulus laa ... aku memang tak peduli apa orang kata dah ... yang aku tahu belajar and have fun 4 myself ... huhu sepanjang belajar kat sini , banyak la suka-duka :
aku tak pernah rasa kena buli ... so aku memang tak akan buli orang ( sikit2 je laa ...) sebab aku ada adik, kalo aku buli adik orang , nanti adik2 aku dapat tempiasnya balik.. betul tak??

roomate:
sorang ni budak KL ( anak orang kaya ni...) baik laa, kelakar , sensitif , kuat merajuk , kalo gaduh ( mucung sedepa) , pernah la.. berapa bulan tah kitowang tak bertegur, situasi memang tegang gila ( kesnya pasal aku rapat dengan roomate yang lain, dia rasa cam dipinggirkan ... mana ada sayang oiii ,,, aku layan suma sama jew ... tak der yg lebih )

yang penting kami satu kepala ... yeahh .


sorang ni budak segamat , boleh dikatakan alim laa ... mula2 ktowang kenak dia cam kerek gler... mak bapak dyer pon 2 kali 5 jew.. aku ngan dia selalu gak bertelagah dalam bab2 agama nie ... walaupon dia nampak alim dari segi luaran pada zahirnya biasa sahaja ... TERIMA KASIH KEPADA USTAZ2 YG TELAH BANYAK MENGAJAR SAYA BYK ASAS2 UTK MENGHARUNGI KEHIDUPAN ( yang kian sosial kini ) DENGAN ILMU SYARIAH DAN ALQURAN waSUNNAH ... sedikit sebanyak byk membantuku dari terpesong akhlak .. masyaALLAh ... seorang teman yg ada disisi bila aku bermasalah .. baik budak ni sebenarnya... rindu kamu !


sorang nie ... budak JB !! ada yg cakap cantik , bagi aku biasa je laa ( kalo aku lelaki aku tak pilih laa, ada yg lagi meletup ... kwang3 =p) banyak berahsia , tapi rahsia ktowang dia tahu , aku pernah anggap dia macam adek , sebab dia pendek sgt ... macam budak kecik , manja ? ( gedik la kot ) ... tapi aku tak kisah .. mula2 dia ok , mungkin sbb culture shock bcoz sblm nie tak satu skul ngan laki then family dye lak kongkong tak kasi kawan nagan budak laki , dye suka sgt flirt... (dengan adik aku pun dye couple ) pandai ... tapi masuk sini , ktowang malas giler blaja,... sama2 determination utk pass final !! hihi ... nak dekat abes sem tue .. ada bertelingkah sket .. sumer sbb budak laki tue ! aku tak sangka dye lebihkan bf dye dari kami sahabat dye .. =( huh ?? macam tu lar kawan ...


habis matrik ... aku sambung balik buat partime kat tempat kejer aku wat partime dulu2...


saat yang paling risau dan tak dapat dilupakan ... sepanjang aku dah bersara dari sekolah , sorang je kawan lelaki yang selalu juga lah ktorang contact2 : SIAPA?? budak ni aku pon tak tahu cam ne laa boleh berkawan dalam tempoh masa yg lama jugak laa ... hihi ...

taarraaa!! kenal tak ??!!


p:s// : bro jgn marah ea .. ak publish ko kat sini ... huhu
risau laa takut tak dapat masuk u ... malu sangat ( aku kan egoistic ) ... dalam sibuk bekerja ... aku dapat surat panggilan temuduga SPA ... utk 4 jawatan .. aku lupa lah apa, tapi salah satu nya profesion aku sekarang laa ... tu je yg aku ingat... banyak juga preparation yg aku buat utk intbu ni ( maklumlaa tak pernah dintbu ... hahaha)
" bagus la kalo ko dapat masuk yg spa ni , terjamin sket , dah abes blaja terus kerja ... kalo ko blaja kat u , abe satu tahun pastu dapat spa pon ma suruh ko berhenti je u tu ... duit tak bazir , blaja sana pon bukan grade nanti terus kerja, bersepah graduan yg menganggur , ko nak ke jadi macam tue?? "
aku dah jadi belah-bahagi , lama aku berfikir... buntu.. solat istikharah ... akhirnya aku reda ... tulus dengan sebulat hati aku ikut saranan keluargaku ... tak lama lepas tu dapat surat U( universiti tun hussein onn malaysia, batu pahat =) , alhamdulillah ... doaku makbul ! temuduga aku juga berjaya dan disini lah aku kini ...

* huu.... ok laa sampai sini dulu ... catch my next blog , siapa mereka dihatiku 2 ... =0

Friday, April 23, 2010

HaRi iNi...


ni laa ... pic baru mangun tito ... muka fresh2 agy ...


PRAKTIKAL SEM 2 (2010) : PENGALAMANKU ?! HUHUHU

semusim kita bersama... membelai ikatan cinta... tak mungkin hatiku rawan... ku kunci cinta untukmu... pasti ada yg pernah dgr lagu ni kan?! ye tak?
hmm ... ni takde laa pe sgt .. cuma nak kongsi pengalaman pahit manis sepanjang wat praktikal sekarang nie...b4 masok wad ... ktowg sibuk2 chatg sana -sini ... ngan sowg mamat nie.. tak sangka oulak dia nie MEDICAL ASSISTANT kat hospital melaka tue ... uish ...



seperti biasa rutin harian diteruskan ... bangun seawal 5.3o pagi ... bila kejer shift pagi ... ( sebab housemate mandi lama sangat ... tido kot lam bilik air tuee...

paling seronok bila time shift petang ... boleh lepak2 sket.. then mangun pon lambat.. yela tidur lambat... tapi bila kat wad borink sangat sebab takde keje..balik malam ... penat!!! lagi2 dekat wad lelaki ... huhuhu ... sangat penat berdiri!! sebab takde KERJA!


minggu 1 & 2 : wad medikal perempuan 4.3



* konklusi ... seronok sangat masa dekat sini.. staff sume sporting ... cuma ader laa yang kerek sket ... banyak cross ( ni memang keperluan laa dalam praktikal kalo nak duk final paper ... huhu



minggu 3 & 4 : wad surgikal lelaki 4.2



* kesimpulanya ... borink !!!!!



kat sini da jadi macam sengal ... tak tahu dah nak wat aper sbb mmg tak ader cross ngan kejer sangat... wat sakit badan jew... hmmm....
tapi ader juga lah pengalaman yg sukar nak dilupakan ??!! agak2 nya apa?? JOM NENGOK !!



ni membe la ni yg candit .. aduyai ...


pesakit ni ada diabetic ... so luka dia susah nak sembuh .. makin merebak ...
pt condition ... stable ... !! deal



hmm... semoga pengalaman2 ini mengajarku erti sebuah kehidupan yang lebih bermakna ...

p/s:

JaGAlaH kEsiHaTaN uNtUk hIdUP Yg BahAgIa ... bILa Dah TerLaNtAr MaCam Nie kAn SusAh ...

Wednesday, April 7, 2010

MaSiH LaGi kEcIl ...

Tatkala ini aku masih belum mengerti apakah itu kasih dan sayang...aku masih belum memahami tanda cinta dari orang tuaku. Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana telah mengajarku erti kesyukuran. Namun dalam kebahagiaan yang ingin aku kecapi, dalam minda yang aku kira masih lagi kecil, aku kian memberontak , meronta ingin melepaskan diri dari kecemburuan rasa. Ya, aku amat sensitif apabila membicarakan soalnya rasa. Aku sangkakan abah tidak menyayangiku lagi saat itu. Pada tika itu aku seumpama menyimpan satu amarah dan dendam ... 'kenapa mesti abah mendahulukan anak orang lain , aku ni siapa ?Sedangkan akulah yang patut diutamakan'. Alasan yang diberi abah tidak kuterima pakai, dalam usia yang masih kecil lagi aku dengan sebulat hatinya membantah. Panjang rajukku tika itu.

Merangkak ke dunia persekolahan, aku mula kenal dunia luar. Namun pergaulanku sentiasa berbatas. Bersekolah di sekolah perempuan Methodist membuatkan aku kasar dengan insan yang bergelar lelaki. Yalah, lagipun sedari kecil lagi aku berkawan dengan lelaki, dan ini merupakan titik tolak perubahan yang drastik. Berusia 8 tahun, aku sudah berfikiran agak matang dalam menguruskan perjalanan harianku pergi dan balik dari sekolah. Sering dikacau pelajar-pelajar lelaki dari sekolah yang lain membuatkan aku teramat bencikan lelaki saat itu. Jahat... jahat...jahat... hanya itu yang meniti dibibirku. Aku menjadi antara pelajar yang digemari guru... bukan memuji diriku ini tapi ini adalah hasil usaha aku yang selalu meluangkan masa membantu guru ketika itu. Iyalah... sudah budaya disana. Dendamku kembali membara tatkala sepupuku menaburkan fitnah ,menceritakan perihal aku meminati guru lelaki yang muda ,baru sahaja mengajar disekolahku. Marah... tapi aku hanya berdiam diri. Tiada guna menegakkan benang yang basah. Tapi malu itu kekal berbekas dihati ini.

Setiap ujian dan peperiksaan yang aku duduki.. cemerlang.. dan aku hanya menunggu ganjarannya. Pasti setiap yang aku inginkan akan kuusahakan. Teringat disubuh hari, aku melihat kasih seorang abah yang mengasah dan menyediakan alatan untuk peperiksaanku. Hatiku tersentuh... ah, abahku selalu begitu, tidak pandai memaparkan rasa sayangnya pada anak-anak.Dengan setiap ketegasannya, membuatkan hubungan kami sedikit renggang. Aku memang seorang yang pendiam dikalangan keluarga, tapi kaki kepoh dikalangan rakan-rakan. Entah mengapa tiap kali apabila bersama keluarga, aku menjadi kekok, pasti aku akan menyepi atau kelam tanpa bicara. Aku membesar dengan ma yang garang dan abah yang tegas.

Hatiku parah lagi apabila aku melihat adik-adikku lebih dimanjakan." Ma dan abah tak pernah nak bezakan kamu adik-beradik" -bersambung

Saturday, April 3, 2010

" sEjAlUr kAsIh "

Kasyah menguatkan radio kereta yang sedang mengumandangkan lagu nyanyian

kumpulan Phyne Ballers …….”

Biar cinta ,terhalang gunung dan samudera,

Aku tetap memegang janjiku padamu,

Biar jurang yang terjauh ada didepanku,

Takkan goyah sumpahku kepada dirimu,

Kita bagai bulan dan bintang,

Hatiku pasti hatimu jua,

Namun mengapa ada saja,

Yang benci tulus cinta kita……

Jangan pisahkan aku dan dia,

Tuhan tolonglah kucinta dia,

Biarkan kami tetap bersama,

Di dalam suka dan duka….’

Kasyah yang sedang leka mendengar lagu tidak menyedari dia turut menyanyi mengikut rentak lagu itu . Syahdunya…Azi yang sedari tadi mendengar hanya mampu menggelengkan kepalanya kerana tahu kawannya itu masih barsedih.

“ Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin .’ Sejurus sahaja bacaan talkin, Kasyah terus menghamburkan air matanya.

“ Abang, kenapa abang tinggalkan Syah bang? ” Azi turut menahan sebak dan cuba menenangkan Kasyah namun melihat keadaan Syah membuatkannya melempiaskan segala yang bersarang di hati.

Setelah seminggu berlalu, Kasyah kembali bertugas sebagai setiausaha di Fai & Liz Consultancy. Nasiblah ada Rozi untuk membantu sepanjang ketiadaannya di pejabat. Rupanya sepanjang peninggalannya di pejabat banyak perkara yang berlaku. Seingatnya Rozi memberitahu yang anak bos yang baru pulang dari Jerman telah menggantikan tempatnya. Belum pun panas kerusi yang diduduki, namanya diseru.

U Kasyah? ”

Err.. ya saya.”

“ Kasyah, masuk ke pejabat saya sekejap !”.

“ Baik , encik.”

Hish, baru jadi bos dah nak menyusahkan aku’, rungut kasyah sambil meletakkan gagang

telefon .’

Kasyah mengambil pen dan buku catitannya yang sudah lama tidak bersentuh dan terus menapak ke bilik En.Faizi. Kalau tidak silap ada muka baru di pejabatnya itu. Itupun dia perasan apabila Nadi bertanya khabar.Belum sempat mengulas bicara, namanya diseru lagi. Tersentap jantung Kasyah dibuatnya .

Ya bos, sebentar!”.

Selamat pulang dan kembali bertugas Kasyah. Nampaknya U la setiausaha kesayangan daddy I tu.I Faizi. Erm…nampaknya mudahlah kerja saya lepas ini. Dua hari lagi saya ada mesyuarat dengan Lembaga pengarah dan saya nak awak menemani saya ke sana. Bolehkan?”, dalam senyuman menggodanya .

Tapi En.Faizi, banyak lagi komitmen saya di pejabat ini yang belum selesai,” jawab Kasyah teragak-agak.

Tak apa, itu Rozi boleh tolong uruskan . Lagipun, semua urusan pengisian dokumen penting yang diperlukan di sana nanti Rozi telah siapkan.”, katanya dalam senyuman yang masih bersisa. ‘ Cantik orangnya, patutla daddy selalu bercerita.’

Baik En.Faizi ,tapi kita nak pergi mana?” soalnya masih pening. Pening dengan perangai bos barunya yang seorang ini.

Nah, ni tiket awak. Kita akan berlepas esok ke Kedah pada pukul 9 pagi . Jadi awak mesti sampai lebih awal daripada tu. Saya tunggu di lapangan terbang nanti atau awak mahu saya ambil di rumah, hmm?” soalnya lebih serius berbanding sebentar tadi.

Tak apalah , saya keluar dulu . Ada apa-apa lagi yang diperlukan encik? ” . Izi hanya menggelengkan kepalanya.

Tak payahlah berencik-encik dengan saya . Panggilkan Rozi masuk ke pejabat saya.” Izi kembali menyambung kerjanya.

Tapi encik, Rozi tinggalkan pesan yang dia bercuti separuh hari pada hari ini.Kemungkinan dia pulang ke pejabat selepas makan tengahari nanti.”

Baiklah kalau macam tu, awaklah tolong ambilkan dokumen bagi perjalanan mesyuarat di Kedah nanti , saya nak semak! Lagi satu,panggil saya Faizi saja kalau tiada staf yang lain.” Kasyah terus keluar dalam keadaan tertanya-tanya.

‘ Sihat ke tidak mamat ni asyik senyum je sedari tadi. Dah la kejap cakap I dan U , ni suruh aku panggil nama pulak.’

Ping……Ping…… ‘ Siapa pulak memekak pagi-pagi buta ni. Eh, apa si Faizi ni nak datang rumah aku pagi –pagi buta, tak jadi pergi ke?’ Kasyah menanggalkan charger hensetnya. ‘ Ya Allah,l ima mesej’.

‘ Alieya, saya datang ambil awak di rumah pukul lapan..sarapan bersama yer.’

Mak , Syah pergi dulu yer. Nanti kalau dah sampai Syah telefon .”

Eh, eh kamu ni tergesa-gesa sampai lupa nak sarapan . Ajak kawan kamu tu sekali, mak tak pernah tengok pun, boleh juga mak kenal! ”.

Sedapnya kuih mak ni , yang kat luar tu anak bos Syahlah mak.Sekarag dia yang handle syarikat ayah dia tu. Dia ajak sarapan di luar”. Selepas bersalaman, Kasyah bingkas ke kereta Izi.

Maaf, enc..err Faizi.” Kasyah menyedari kesilapannya apabila Izi hanya memandangnya kosong.

Takpe, masuklah nanti lambat pula.”

Kereta terus meluncur ketengah jalan raya…..

Dalam perjalanan kami tidak banyak bercakap. Sesekali aku menoleh kepadanya. ‘ Hensem juga mamat ni’.Tidak disangka-sangka senyuman itu disedari oleh Faizi.

Kenapa awak senyum-senyum pandang saya, ada yang tak kena dekat muka saya ke?’’ Tanya Izi sambil berpura-pura membelek wajahnya di cermin.

Alamak dia nampak pulak, mampus aku .’

Err…takdelah ,cuma saya tertanya-tanya juga macam mana En.Faizi tahu kat mana rumah saya ,” aku hanya mampu tersenyum sumbing dengan alasanku yang kukira tidak munasabah.

Ya ke..? Bukan sebab nampak saya kacak ke? ” soal Izi bercanda.

Rumah buah hati mestilah I tahu,”menambahkan lagi usikannya.

Selepas bersarapan di Apices House Coffee Shop, Kasyah tidak bersuara kerana masih malu dengan kejadian tadi. Lalu Kasyah hanya membuang pandang pada sekuntum mawar di dashboard kereta Faizi .

“ Kalau awak suka ambillah, saya tak kisah sebab setiap hari saya tukarkan.” ,jelas Izi tanpa disuruh.

‘ Romantik juga mamat ni’.

“ Bertuah girlfreind bos, dapat pakwe yang romantik ” usik Kasyah nakal tanpa menyedari makna disebalik perhiasan kuntuman mawar itu.Faizi membalasnya dengan senyuman.

“ Kalau macam tu….wak sajalah jadi my girl .” Izi tergelak apabila Kasyah menarik muka.

* * * * *

Ding.. dong…. “ Perhatian kepada semua penumpang, penerbangan pesawat M093 akan berlepas sebentar lagi.Di harap para penumpang dapat bersedia dan memakai tali pinggang keledar masing-masing.Terima kasih.”

Ombak yang meggulung di pantai sehebat gelodak perasaanku tatkala Eizman melafazkan kata cintanya.

“ Alieya, sebenarnya Eiz dah lama nak beritahu Lieya tentang satu perkara ini dan ianya amat bermakna sekali dalam hidup Eiz.”

“ Cakaplah Eiz, Lieya akan mendengarnya.” ucap Kasyah dengan perasaan yang berdebar-debar.Tidak diketahuinya mengapa kerana dia merasakannya semenjak bangun pagi lagi.

“ Eiz…Eiz cintakan Alieya. Dah lama..semenjak pertemuan kita dua tahun yang lepas.Eiz tak tahu nak cakap macam mana, takut kalau Alieya akan menolak hasrat hati ini.Tetapi sekarang Eiz sudah bersedia dengan segala kemungkinan.”

‘ Ya Allah,rupanya dia juga mencintai diriku sebagaimana aku mencintainya semenjak perkenalan lalu’. Aku terkedu sebentar .

“ Sememangnya Syah juga membutuhkanmu, Khairul Eizman. Sudah lama Lieya menantikan hari begini tiba .Tapi hanya mampu memendam rasa , masakan seorang perempuan harus bertindak dahulu sebelum lelaki, bukan? Nanti dikata orang perigi mencari timba.” Ucap Kasyah dalam nada terharu .

“ Benarkah sayangku…sudikah kau menjadi teman hidupku sepanjang hayat……….”ingatanku makin kelam,terasa hatiku bergetar hebat tatkala ini.Ya, rasa ini wujud semenjak aku mula mengenalinya….

‘ Suaranya seperti selalu kudengar’ ‘ Alieya ..bangun, kita hampir mendarat ni’’.

‘‘ Eiz , kita ada di mana ni ’’ , soalku dalam keadaan mamai dan mata masih terpejam.Sebentar kemudian aku terdengar suara yang entah gerangan siapa pemiliknya..

Kita dalam penerbangan sayang…bangun ye ².‘ Penerbangan…subhanallah, kenapa dengan aku ni, dia bukan…tapi kenapa dia panggil sayang padaku . Ahh,aku salah dengar kut’. Aku bangun dan terkaku kerana kepalaku begitu dekat dengan wajahnya . Dia memandangku dan memberikan sebuah senyuman, pastinya senyuman yang bisa mencairkan mana-mana hati gadis yang melihatnya.

‘‘ Dah lama awak tertidur . Aku melihat dia memicit-micit bahunya yang menjadi bantalku. ² .Aku yang seakan mengerti maksudnya terus merona merah.

Maafkan saya , encik…’’ pintaku masih malu dengan silapku yang akan tidur setiap kali naik kenderaan. Patutlah rasa sedap je. ‘ Apalah kau ni, ke situ pula,’ bisik kata hatiku .

“ Baiklah , sebagai upahnya saya nak awak panggil saya Faizi sahaja, tak susahkan. ²kata Izi dan dia ketawa . Alieya juga ketawa . Izi menggunakan kesempatan untuk melihat wajah ayu di matanya .

“ Saya minta maaf… Faizi, dan terima kasih. ² ujarku masih malu-malu dan cuba memberikannya senyuman.

“ Terima kasih?’’

‘‘ Tak ada apa-apalah.’’ kata Lieya,malu .

‘‘ Tidak mengapa, sedap.”

‘ Ish…mamat ni, apa maksud dia sedap !!! ’, gerutu Kasyah di dalam hati.

* * * *

“ Here you come, Mr. Faizi. There was past two years we have not seen,right:? ” sambut beberapa rakan perniagaannya kukira.

“ Yea , Miss Tuck Nerc, where ‘ my bestfreind’ , I can’t see him? ” Mrs.Nerc menangis tersedu-sedu .

“ He got hospitalized this morning .He got his heart attack since he did not took his medicine and thanks God he is well now ” .

Tabah benar wanita ini sedangkan aku.Kasyah terus mengenakan kaca mata hitamnya bagi mengelakan air jernihnya dilihat oleh sesiapa. ‘ Tidak siapa perlu tahu apa yang telah terjadi kepadaku.’

“ Who is this, your sweetheart ?” soalnya.

Lamunanku terhenti apabila En.Faizi memperkenalkan aku kepada mereka yang telah menyambut kami di lapangan terbang tadi . Tuan dan Puan Wong merupakan ahli lembaga pengarah syarikat yang memegang antara syer terbesar. Faizi menjadi nak angkat mereka semenjak diperkenalkan oleh Dato’ Faizol tiga tahun yang lepas dan hubungan mereka terus akrab.

“ Yea….does she not seem like my lovers.” Faizi terus ketawa berdekah-dekah . Aku sedikit terasa dengan gurauannya . Apatah lagi kehilangannya masih belum dapat kulupakan.

“ Let me introduce you, this is my PA . She will accompany me along this meeting.”

Person al Assistant’. Aku menjadi gelabah apabila Faizi mematikan lamunanku dengan memeluk pinggangku.

“ Oh,sorry I’m thinking of something. Anyway I’m Kasyahtul Alieya and I’m not….”

“ Lieya, jom kita pergi checked in bilik,”.

Faizi bergegas menarik tangan Kasyah sebelum temberangnya pecah dan dia masih dengan sisa tawanya .‘ Kesian pulak aku tengok dia termangu-mangu . Tak mengapa ,sekali-sekala’ , bisik kata hati Izi, nakal.

“ Erm…boleh saya tanya sikit .” Kasyah meneruskan kata-kata apabila melihat Izi menganggukkan kepala.

“ Kenapa a…awak cakap kepada diorang semua yang saya ni pembantu pe…peribadi awak? ”,tanya Kasyah agak gugup . Izi hanya memandang kosong dan tersenyum.

“ Awak ingat dengan senyum begitu dapat merungkai semua persoalan saya !!! ”, ucap Kasyah dalam nada berang.

“ Eh, satu soalan saja kan? ” , Izi cuba berjenaka tetapi meneruskan kata-katanya apabila melihat jantung hatinya mula menarik muka, malu ah tu…

“ Saya senyum sebab awak sudah ada perkembangan dalam komunikasi kita, itu je.Tentang semua persoalan itu ,saya akan jawab nanti.”

‘ Geramnya …bukannya nak berterus-terang, suruh tunggu-tunggu pulak .’ ngomel Kasyah.

“ Sekarang,apakata kalau kita pergi window shopping .”

Aku hanya menurut tanpa memberi sebarang respon.Setelah membuntutinya sehingga ke kawasan parkir kereta, hatiku berkata-kata. ‘ Hish, menyesal pulak aku ikut mamt ni. Kenapa aku tak menolak saja pelawaannya sebentar tadi,baik aku lepak dalam bilik je. Sekarang kalau nak berpatah balik dah terlambat.Nantikan kecil hati pulak mamat ni.’

Jalanraya agak lengang tengahari itu ,begitu juga perjalanan kami yang sepi tanpa sebarang bicara . Cuma sesekali terdengar siulan kecil mengikut alunan musik pemandu di sebelah.

“ Balik nanti I nak you berkemas, esok I nak bawa you pergi satu tempat.

“ Tapi…bukan ke u cakap semalam ada mesyuarat selama seminggu , so…” belum sempat Kasyah menyambung…

“ Shhh….. I hanya cakap dalam masa sepanjang minggu nie ada mesyuarat, tapi itu tak bermakna ada meeting directly, so it’s better for us to change to another point for a while, right.. Ambil angin hilangkan stress…kan bagus.”

‘ Ada-ada je mamat ni, nak makan angin la pulak . Aku pun satu , mengada-ngada ber I dan ber you macam dia.

Selesai sahaja packing barang ala kadar sebagai keperluan , Kasyah mengambil angin di beranda .

Wah, menarik juga suasana di sini ye…teringat pula nenek di kampung.Apa khabar agaknya nenek sekarang,alang-alang dah sampai kat sini apa salahnya kan.” Kring…kring… ‘ Ish, sape pulak call aku malam-malam ni…ntah-ntah mak sakit kut.Ops…capuinya mulut aku ni’.

Hmm..hmm…

“ Hello Kasyah bercakap. Siapa tu? Helo…”

Assalamualaikum, I ni..you dah siap pack barang ke? ” . Sebenarnya Izi agak bosan padahal dia sudah biasa tinggal keseorangan.

Wa’alaikumusalam w.b.t . Oh Faizi, ingatkan siapa tadi .Ya , saya dah siap kemaskan barang saya.” Kasyah tersenyum apabila teringatkan prasangkanya sebentar tadi.

Maaflah ganggu you time macam ni. Kenapa…you tunggu buah hati you call ek? ” tanya Izi gusar.

“ Ish, mana ada orang nak dekat saya ni.Erm, kenapa call malam-malam ni, kita tak jadi pergi ke? soal Kasyah agak gembira sedikit .

Bukan apa cuma dia merasa agak penat sedikit lebih-lebih lagi kena melayan kerenah En. Faizi tu. Lagipun sebenarnya Kasyah bercadang untuk melawat neneknya di kampung.

“ Mestilah jadi pergi. Mana boleh di batalkan, hmm…saja je nak call you,kenapa tak boleh ya?”

“ Eh, taklah hairan je. Ingat ada kes urgent tadi.”

“ Okaylah I off dulu, you mesti penatkan.We will see tomorrow.Salam…”

‘ Salam, pelik betul la dia ni’ . Huargg…aku pun nak tidurlah.semoga hari esok lebih bermakna.

* * * * *

Kampung Permai Jaya. Kampung yang mendamaikan dan diidami segenap lapisan masyarakat di kota raya mungkin.Di sinilah adanya keindahan alam semulajadi yang memikat jiwa sesiapa yang melihatnya.Sawah bendang yang menanti tuaiannya,bukit-bukau yang bebas pembalakan,air terjun, dan perkampungan yang harmoni dan seiring dengan arus permodenan. Alangkah bagusnya kalau aku dapat menikmatinya kembali .

Pagi itu, aku bangun awal untuk menghirup udara pagi yang segar sebelum bertolak kembali ke ibu kota pada petangnya. Sedang aku berjalan di batas-batas sawah,terdengar satu sapaan yang sudah lama tidakku bersua dengannya kukira.Tuya…Tuya….Aku berpaling.

“ Tuya kan ,rindunye…dah lama kita tidak berjumpa kan? Kau nampak semakin ngetop sekarang.” Masih tidak berubah rupanya kawan aku ni,tetap macam dulu.

‘‘ Oh Zura,aku ingatkan dah tidak dapat berjumpa kau lagi.Rindu betul rasanya..’’ Mereka melepaskan rindu masing-masing.Setelah penat bercerita perihal diri masing-masing, mereka mengambil jalan sendiri untuk pulang.

“ Eh, kita dah sampai ke?”soal Kasyah masih mamai. ‘Tempat ni macam aku kenal je.’ Kasyah masih memisat-misatkan matanya tidak percaya .

“ Erm… kita menginap kat chalet di depan tu.You tak suka ?” Soal Izi seperti dapat menghidu kegelisahan Kasyah.

“ Bu….bukan, maafkan saya tertidur lama sangat, tapi kita kat mana sekarang?” Soal Kasyah yang masih berteka-teki dengan hatinya.

“ Kita sekarang berada di Kampung Permai Jaya . Kenapa? ” beritahu Izi yang pelik dengan silap Kasyah.

“ Kat kampung……….”

“ Assalamualaikum…assalamualaikum….takde orang ker , pintu rumah terbuka je.’

‘‘ Zura, assalamualaikum…’’

‘‘ Wa’alaikumusalam.Ha, Tuya ,marilah masuk jangan malu-malu.Kau ni macam tak pernah datang rumah aku je lagaknya .’’ jerit Zuraini dari dalam rumah.

Tak tahu kenapa , tapi aku rasa berdebar-debar. ‘ Eh,rasa semacam…je ni.’ Tatkala aku menapak masuk terlihat kelibat seorang lelaki di ruang dapur. ‘ Zura ni dah kahwin ke? Lupa pulak nak tanya .’ Sebentar kemudian kelihatan Zuraini berjalan sambil menatang dulang minuman ke ruang tamu.

‘‘ Sorry lah Tuya,air bujang je.Kenapa tak cakap awal-awal nak datang.Hah yang kepala kau terjengah-jengah ke dapur tu kenapa ?’’ ‘ Minah ni macam tak pernah datang rumah aku je, pelik betul.’

‘‘ Tu…tu sapa.Hubby engkau ye ? Sampai hati kau tak jemput aku pun.’’ Kasyah pura-pura merajuk Dia tahu kawannya yang seorang ni pandai memujuk semenjak di bangku sekolah lagi.

‘‘ Tulah kau ,kalau dah bekerja tu sampai lupa orang kat kampung ni, kan bang.Ni abang aku, Izwan .Kau dah lupa ker atau…’’ Zuraini cuba mengusik.

‘‘ Abang aku tengah cuti semesta dia, katanya sengaja balik kampung nak hilangkan rindu. Ntah dia rindukan ko tak…..auch…sakitlah Tuya.’’

‘‘ Padan dengan muka kau, kan dah kena cubit.’’ Ha..ha..ha.. serentak mereka ketawa. .

‘‘ Hai, gembiranya…mesti mengupat pasal abang. Oh.. Lieya rupanya, ingatkan siapa tadi.” ‘ Kau semakin cantik sekarang.Sudah ada pacar ke ?’ hati kecilnya nakal bertanya.

‘‘ Ha’ah…ingatkan buah hatilah tu.” Zuraini menyampuk . Izwan menyiku pinggang Zuraini.

‘‘ Jahatlah abang ni.’’

‘‘ Sudah lama kita tak jumpa kan. Last time masa I ambil degree dekat U.M.S. dulu, betul tak? ’’ soal Izwan. Lelaki itu duduk di samping adiknya sambil tersenyum.

‘‘ Yap, Zaiful, saya macam tak percaya ! Sorry, saya tak cam tadi. How’s your life, buat master ke sekarang? ”

Soalku setelah lama berdiam diri. Zuraini minta laluan ke ‘ bilik istirahat’ sakit perut katanya.Dia tersengih apabila melintasi abangnya mungkin memberi ruang kepada abangnya untuk berbicara dengan Kasyah.Semasa Alieya dan dia sama-sama mendaftar sebagai pelajar tahun satu U.M.S.,abangnyalah yang telah menyambut mereka sebagai abang senior alias abang angkat. Izwan ketika itu pelajar tahun ke empat jurusan kedoktoran.

“ Oh , ya. I sekarang buat master di National University of Ireland, Galway for Orthophedic Specialist,” kata Zaiful sedikit teruja.

“ Hmm…a big challenge for you ha,so what can I said. All the best in your studies. Okay I minta diri dululah, dah lewat ni takut flight terlepas pula.,”aku membalas senyumannya. Aku sebenarnya kurang selesa dengan kelakuannya yang sedari tadi asyik merenungku dan tersengih.

“ Oii, cepatnya nak balik ? ” Soal Zuraini setelah kembali ke ruang tamu.

“ Aah, aku sebenarnya singgah sekejap je kat sini, lagipun aku tak drive balik kali ni,”

“ Kalau macam tu biar I hantarkan, ” pelawa Zaiful sengaja mencari peluang.

“ Betul tu Tuya, cepat sikit kalau abang aku hantar” sampuk Zuraini pula sambil mengkerling pada abangnya.

“ Tak apalah, tu bos I dah sampai . Aku pergi dulu Zura, jumpa lagi.” Kasyah bergegas turun dari rumah Zuraini.

“ Oh….patutlah cepat je nak balik, ada buah hati tunggu rupanya.”Zuraini mencanangkan jari telunjuknya sambil bercekak pinggang. Aku hanya mampu ketawa dan menggeleng dengan keletahnya dari kejauhan.

“ Hai , jumpa kekasih lama ke…” Soal Izi sambil melihat kelibat seorang lelaki di laman rumah. Rupanya Zaiful mengiringi Kasyah hingga ke pintu kereta. Aku berpaling.

“ I harap kita dapat duduk bersama lebih lama , macam dulu-dulu.” Sedikit menjerit , Zaiful tersenyum.

“ Kirim salam kat Ciksu Minah ye. Jumpa lagi.” Aku hanya membiarkan persoalannya .

* * * *

‘ Lebatnya hujan hari ni. Aku pula tertinggal payung di dalam kereta Eizman. Hari ini genaplah tiga bulan pertunangan kami dan dia masih tak berubah.Sayang sangat kerjanya tu .’ Kasyah tidak memandu ke pejabat kerana keretanya dihantar ke bengkel untuk servis. ‘ Mana Eiz ni, janji nak datang pukul lima .’

Ping….ping….Keresahan Kasyah hilang sebaik sahaja sebuah Jaguar hitam berhenti di hadapan Kasyah. ‘ Siapa pula ni , Eiz tukar…’

“ Assalamualaikum . . . saudari nak balik ke , marilah saya tumpangkan lagipun saya rasa dah lama saudari berdiri di sini..” Aku memandang sekeliling, rupanya hanya aku seorang yang masih gah berdiri di hadapan bangunan Dato’ Abdul Razak ni.

Waalaikumusalam…terima kasihlah di atas pelawaan saudara sebentar tadi, lagipun tunang saya dah sampai. Saya pergi dahulu , assalamualaikum” Kasyah berlari-lari anak meredah hujan yang semakin reda sereda hatinya apabila terlihat kelibat Eizman.

Sorrylah sayang…banyak kerja tadi.” Kata Eiz yang menyedari kesilapannya.

Lieya tahu…asalkan jangan melencong sudahlah” ada nada rajuk dalam katanya.

Sayang juga Lieya dekat abang ye…” Eiz mencuit hidung buah hatinya.Begitulah mereka , sentiasa berterus-terang.Eiz pula memang sudah masak dengan perangai rajuk Kasyah tu .

“ Ouch…aduh, mata letak dekat lutut ke? ” Kasyah terkedu, kemarahannya meleset terus.

Ab…abang….”

Maafkan abang, Eya okay ? ” Riezman membantunya bangun.

Erm…. Terima kasih. Dah lama ke abang balik Malaysia? ”

Abang baru sampai kelmarin, dah lama kita tak jumpakan? Eya nampak makin kurus sekarang, Eya sakit ke? Ummi kata Eya dah lama tak datang rumah , kenapa? ” soalnya bertalu-talu seperti sudah lama dirangka.

Wah, abang Riez ni dah boleh jadi reporterlah. Punyalah banyak soalan …mana satu Eya nak jawab ni? ” soal Kasyah cuba melawak , sebenarnya untuk menutup kegugupan dirinya yang ibarat bertemu kembali kekasih lama. Khairul Riezman merupakan abang kembar bekas tunangnya . Nasib baiklah ketiak bertembung tadi fikirannya di paras sedar. Sengaja dia tidak singgah di rumah Ummi walaupun dekat dengan tempat kerjanya untuk melupakan memori lama.

Okaylah…. Kenapa Eya dah lama tak pergi rumah abang? ”

Eya sibuk sikit sekarang ni.Abang Riez dari mana? ” Kasyah cuba menukar topik. Riezman menyedari perubahan air muka Alieya .

Oh…abang saja ronda-ronda dekat kompleks ni, nampaknya KL dah banyak perubahannya.Eya dari mana, marilah kita pergi lunch sekali .”

Tak payah susah-susahlah Abang Riez , Eya dah makan tadi dengan kawan. Lain kalilah ya, Eya dah lambat nak masuk office.Jumpa lagi.”

Okay , take care.” Laung Riezman dari kejauhan.

Eya….abang pergi dulu.”

Abang , jangan tinggalkan Eya bang.” Separuh merayu aku padanya.

Eya harus merelakan abang pergi , abang sudah tidak mempunyi waktu . Eya jaga diri baik-baik,kalau ada masa jenguk-jengukkanlah mak abang ya.”

Abang nak pergi mana?” soalku dalam sedu-sedanku.

Abang kena pergi jauh dari sini,selamat tinggal sayang!”Kedengaran sayup-sayup suara Eizman meninggalkannya sendirian.

Abang Eiz….jangan tinggalkan Eya abang, abang!!!”Kasyah merintih ibarat anak yang kehilangan ibunya,sedangkan dia ditinggalkan kekasih hati.

Sabarlah Eya, lepaskan dia pergi.”

Abana Riez, tolong Eya abang, jangan biarkan abang Eiz pergi.”suaranya separuh merayu.

Sampainya hatimu meninggalkan aku terkapai-kapai di sini keseorangan.’Air matanya tidak tertahan lagi sehinggakan tiada tangisan lagi buat dirinya.

Tidak Eya, abang tidak benarkan. Eya hanya milik Riez seorang, Eiz pula akan pergi selama-lamanya.”

Tidak mungkin abang Riez, tidak,tidakk…”Riez ketawa dan terus ketawa tanpa menghiraukan jerit-pekikku.Bayangnya juga semakin kelam dipelupuk mataku.

Syah…Kasyah, bangun sayang.”

Jangan…jangan..ah ah ah ,aa…astagfirullahul’azim.Ibu, abang bu, abang!”

Mengucap sayang, mengucap nak .Eiz dah sudah lama tinggalkan kita, biarkan dia bersemadi dengan tenang sayang.” Puan Azlina sudah tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk mengubati sakit anaknya ini.Begitulah keadaannya

Pagi itu, Kasyah hanya termenung di pejabat cuba menafsirkan mimpinya semalam.

Kenapa ada abang Riez ,apa maksudnya?’ Kasyah merasakan mungkin mimpi itu ada kena-mengena dengan pertemuan mereka baru-baru ini.(perlu penyambungan)

Izi meneruskan pemanduannya kembali ke chalet. Malam itu Kasyah terpaksa menemani Izi di atas permintaannya. Penerbangan ke KL ditundakan ke pagi esok kerana ada masalah jerebu dan cuaca yang tidak mengizinkan.

“ Alieya, err…sebenarnya saya ada sesuatu yang nak dicakapkan kepada awak. Maaflah kerana saya mengambil masa awak malam ini.” Izi memulakan bicara membuang egonya selama ini jauh membelah udara malam.

“ Cakaplah…saya tak kisah, lagipun saya tidak ada kerja yang perlu dibuat” Kasyah berlagak seperti biasa meskipun dia berasa agak gementar berdua denga lelaki ini di tengah malam. Nasib baik tempat ni banyak lampu.

“ Sudah lama saya pendamkan, saya….Lieya…awak sejuk ke? ”soal Izi cuba menutup kegugupannya.

“ Tak…awak teruskan sahaja pada titik utama .Awak tak kisahkan….Izi.”panggil Alieya lebih mesra . Izi mendongak lalu tersenyum dengan senyuman yang pastinya digilai ramai gadis. ‘Mungkin aku ada harapan.’ Bisik kata hatinya.

“ Jangan di pejabat sudahlah….”Masih dengan egonya.

“ Baik bos.” Mereka sama-sama ketawa.

“ Alieya…….sudikah Lieya menerima cinta Izi? soal Izi sambil melutut dihadapanku .

Aku kaget . Benar-benar tidak menyangka yang perkataan itu keluar akan dari mulutnya. ‘ Kenapa mesti dia menagih kasih dariku sedangkan……’

Petang itu setelah pulang dari pejabat, keretaku di tahan di kawasan parkir kenderaan.Seorang perempuan keluar dari keretanya . Cantik orangnya dan pandai bergaya. ‘ Pakaiannya…. pasti menghairahkan mana-mana lelaki, tapi aku kenal dia ke?’ aku tertanya-tanya.

“ Hai…I Rihanna, you kenal Faizi?” agak sinis pertanyaannya.

“ Hai. I kenal dia,tapi apa kena-mengena hal ni dengan I?” soalku.

“ Apa kena-mengena dengan you , you tanya. You tak tau ke I’m his girlfriend.” Terangnya agak baran.

“ So…..”

“ Dia tergila-gilakan you, entah ubat apa yang you beri padanya.Please….I merayu pada you,leave him.” katanya menangis tersedu-sedu.

“ Wait…wait think it rasionally.Don’t waste your time. I had never love him….its same with him, he never told me that he…….”

“ Alieya….Alieya, can you hear me….”

“ Oh….I’m so sorry.What you said before” soalku dan aku baru tersedar dari lamunanku setelah terdengar keluhannya.

Maafkan saya Izi, saya anggap awak tidak lebih daripada seorang sahabat.Percayalah saya tidak dapat menerima dan memberikan cinta ini kepada awak.Lebih baik awak menerima cinta daripada orang yang benar-benar cintakan awak.” Kataku cuba mencari kata-kata yang paling sesuai.

Maksud Lieya….siapa?” soal Izi agak pelik.

“ Rihanna…..bukan ke dia…”

Izi mengalihkan tangannya.

“ Maaf…..saya tidak suka dengan sikap awak, awak terlalu mudah ,mempercayai cakap orang.”

“ Tapi, dia sendiri yanag mengaku” aku terkedu . Izi ketawa seperti orang hilang akal.

Perempuan tu, dia hanya pisau cukur. Dia tak pernah sukakan Izi malah mencintai diri ini.Dan hanya Lieya seorang menjadi ratu hati ini.”

“ Cukuplah setakat ini Izi,tak guna walau awak paksa saya sekalipun.Hati saya telah lama tertutup dan saya tak mahu luka lama berdarah kembali.Saya harap awak faham akan keadaan saya sekarang.”Aku baru faham kenapa layanannya terlalu baik kepadaku.

“ Biar Izi merawatnya Alieya, berikan Izi peluang.

“ Izi…cukuplah setakat ini ….kalau awak nak…kita setakat berkawan sahaja.”

“ Ikut suka awaklah, tapi Izi nak Lieya tahu yang Izi hanya mencintai Lieya seorang selamanya. Lieya tahu, bunga ros di dalam kereta itu memang untuk Lieya seorang semenjak hari pertama kita terserempak .Tak sangka pula Lieya jadi anak buah Izi.” Lieya ingat lagi…….ketika itu.

Pagi itu aku masuk ke pejabat kembali. Perihal peristiwa kelmarin, hanya terkubur begitu sahaja, sungguh kasihku padanya amat sukar untuk ditepiskan,amat sukar untukku menerima kehadiran cinta .Izi hadir ke pejabat dengan wajah yang sugul bahana kecewanya.

Psst…psst…. kenapa dengan bos hangin semacam je.” Zulita yang terkenal dengan mulut becoknya bertanya kepada Azura yang satu ‘ koloni’ .Azura menjungkit bahu tanda tidak tahu .

Cuba kau tanya …” Perbualan mereka terhenti apabila Izi berdiri bercekak pinggang di depan biliknya .

Saya bayar gaji awak semua untuk bekerja , bukan jaga tepi kain orang . Faham!!! ” Izi tidak tahu kenapa kemarahannya semakin meluap-luap apabila tiba di pejabat sedangkan tadi semasa di rumah tiada taufan yang melanda.

Kasyah , masuk ke bilik saya sekarang !!! ” Mereka berdua terkejut.Kasyah merengus. ‘ Mamat ni macam singa. Ingatkan nak apa memekak pagi-pagi, bukan susah pun nak panggil aku guna interkom.’

Apa awak cakap ? ” Sengaja Izi bising begitu, hilang rasa sakitnya. Kasyah tersentak, tidak menyangka Izi telinga lintah.Kasyah hanya menggeleng kepalanya, malu disergah begitu dihadapan rakan sekerja yang lain.Kasyah bergegas ke bilik Izi takut disergah lagi. Tuk tuk tuk….tuk tuk tuk.

Masuk .” Tiada segaris senyuman pun di wajah Faizi , dia kelihatan serius.

Ada apa Encik Faizi? ”

Hmm….saya nak awak buat laporan mengenai perjalanan mesyuarat kita tempoh hari dan saya mahu ianya disiapkan hari ini juga , faham! ”

Baiklah , kalau tidak ada apa-apa lagi saya keluar dahulu.” Kasyah seperti biasanya berkata.

Erm… maaf Encik, hari ini Encik Faizi ada temujanji dengan pengarah Syarikat Orlando Berhad.”

Kalau macam tu, hubungi mereka kembali dan tangguhkan dahulu pertemuan ini kerana saya rasa kurang sihat .Cuba dapatkan dateline yang baru.” Wajahnya masih tegang, mungkin masih terluka dengan kata-kataku semalam.

Temankan saya makan tengah hari nanti , okay .”suaranya kembali kendur dan aku tidak tahu adakah itu sebuah permintaan atau pertanyaan. Aku mengangguk bersetuju, entah…mungkin untuk menyejukkan hatinya yang sedang membara itu.

Lieya…” Izi cuba meraih tangan Kasyah,namun Kasyah lebih pantas bertindak.

Erm…maaf, Izi tak dapat nak kawal perasaan ini.Tolonglah fikirkan kembali,berikan Izi peluang.” Izi cuba meraih simpati. ‘ Bagaimana aku nak buat dia faham tanpa menyakitkan hatinya.’

Maaf Izi , bukan Lieya enggan membajai kasih yang Izi cuba semaikan, tapi Lieya sudah disunting oleh pujangga yang Lieya puja.Ada nada sayu tika aku menuturkan kata-kata itu, ‘ biarlah lagipun kau tidak mengetahui cerita sebenarnya.’

Kalau begitu…izinkanlah Izi terus mencintai dan menyayangimu , Alieya.” Lagu nyanyian Marc Anthony dan Tina Arena ‘ Lifetime Loving You’ berkumandang di restoran itu, seperti mengiakan kata-katanya.

‘ Moon so bright…

Night so fine…

Keep u’r heart here with mine….

Life a dream….

We are dreaming…..

Raise the moon…..

Catch the wind….

Light the night to the air…

Sees the day….

Stand up for the light…..

C/o. I want to spend my life time loving you ….

With many only I find ever do…

Here all rise…

Here all false rise again…..

We need all….

In your heart …

Can you feel the glory…

You well joy…

you have him …

We can move world again…

Take my hand dance with me…

Dance with me….

C/o.

Hope we know we will never come again…

With no reason….

Life begins…

Over and over….again

Save my night….

Save the day…

Save the love…

Come what me….

Love is worth…..

Everytime we pay…

C/o ……………………………….

“ Izi …..”


“ Syah tak tahu macam mana lagi nak tera ngkan kepada Izi, Syah….suka hati Izilah, Syah tak mahu kelak ada hati yang kecewa , Syah pergi dulu.” Kasyah merasakan tiada lagi kemesraan yang perlu wujud di antara dia dan lelaki ini.Aku akan lari….sejauh mungkin.

“ Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Ika, aku ni kakak kau.Kau jangan lupa,aku tampar nanti!” ancam Kasyah .

“ Alah, aku peduli apa. Kak Syah pun kurang ajar dengan bapak juga. Kau tu lagi anak derhaka, nak mengajar orang pula. Hidup akak tak selamat tau!” Sinis kata-kata Zulaika.

Pang . . . ‘ Ya Allah, berikanlah kesabaran buat diriku ini.Amin.’

“ A…Adik, maafkan akak dik, akak tak bermaksud untuk…”

“ Ahh….akak memang, jahat, jahat !!! ” Zulaika menjerit dan berlari pergi.

“ Ika…Ika, tunggu akak dik !” Kasyah berlari menyaingi adiknya.

Ping…ping…piiinggg….Kbum…..

“ Akak…………!!!” Pandangan Kasyah semakin kabur.

“ Akak, Kak Syah…maafkan Ika kak.Akak bangunlah!”Sudah seminggu Kasyah tidak sedarkan diri.Dia mengalami kecederaan ringan,tetapi dia tidak sedarkan diri kerana terdapat komplikasi pada otaknya akibat mengalami kejutan demi kejutan.Sepanjang Kasyah terlantar di hospital, Ika yang setia menjaganya.

‘ Kalau bukan kerana aku, Along takkan jadi macam ni.Aku yang bersalah.’

“ Ika, along ada kat mana ni.Maafkan akak, along tak ber….”

“ Shh…along sekarang ada kat hospital,dah seminggu.Ika yang patut minta maaf dengan akak,tak sepatutnya Ika cakap macam tu.Maafkan Ika,along.”

“ Mmm…lupakanlah kisah yang lama tu. ‘ Buang yang keruh, ambil yang jernih….’.” Kasyah cuba berlawak dengan menyanyikan lagu kesukaan Ika. ‘Ha..ha..ha’