shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Friday, June 15, 2012

Resipi Seribu Satu








ayam masak halia.puan2 mesti tahu masak ni kan tapi admin saje jew letak resepinya kat cni ye.
bahan2...
1keping dada ayam
1/2 bj bawang merah*
4 ulsa bawang putih*
halia 3 inci dihiris halus2...
cili padi sedikit.kalo nak pedas boleh tambah ye..*
2sdb sos tiram.
air sedikit
hiasan..
bawang besar
daun bawang
daun sup
cara2....
tumbuk bahan2 yg bertanda.selepas tu tumis ye hingga naik bau..dah tu masukkan dada ayam tadi...gaul seketika dan masukkan sedikit air.tutup kuali dan biarkan dalam beberapa minit tuk bg masak ayam tu.bila dah ok bolehlah masukkan sos tiram,garam n ajinamoto.gaul selepas tu bolehlah masukkan bahan hiasan.bawang besar,daun sup dan daun bawang sedikit.siap.boleh makan...masakan yg simple tapi sedap....

AYAM MASAK BOMBAY
recipe dari fren FB.tqvm pd PN Rita Norlitah Hashral krn share dis recipe..it's so simple & mmg sesuai utk pn2 yg bekerja dan x suka spend bnyk masa kat kitchen

AYAM MASAK BOMBAY

1 KG KEPAK AYAM
2 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
1 SENDOK CILI KISAR
3 SUDU BESAR KICAP MANIS
3 HELAI DAUN KARI
2 BATANG SERAI DITITIK
1 SUDU TEH LADA SULAH/PUTIH

CARA NYA
KISAR BAWANG, BAWANG PUTIH DAN HALIA.
PERAPKAN KESEMUA BAHAN TERSEBUT DENGAN KEPAK AYAM SELAMA 1/2 JAM.
PANAS KAN KUALI,PANASKAN MINYAK &
MASOKKAN AYAM DAN KESEMUA BAHAN YANG DIATAS.
TUTUP KUALI, MASAK DENGAN API KECIL SEHINGGA PEKAT JANGAN DILETAK AIR...AYAM ITU SENDIRI AKAN MENGELUARKAN AIR DENGAN SENDIRI NYA..BUBUH GARAM DAN PERASA..SETTLED!

Joha Hassan
Resepi Ayam Panggang - Lemak Manis.

Ingredient
1 whole Chicken cut in halves.
15 - 20 shallots (Blend)
4 Red Chillies (Blend)
4 pcs Kafir Lime leaves (Daun Limau perut)
...4 candle nuts
200gm Coconut Milk
2 cm Galangal (Lengkuas)(Blend)
2 cm Fresh Tumeric (Blend)
3 pcs Lemon grass (Serai)
3 pcs of screwpine leaves (Pandan Leaves)
Salt & Sugar for taste
4 tbspn of Vegetable Oil

Blend all the spices above
Heat the oil, add lemon grass and pandan leaves
Add the spices and cooked till the aroma rises
Add the chicken, cook for 15/20 mins on medium heat
add the coconut milk and cook for another 10mins
Take the chicken out and place on baking tray.
Grilled chicken for 20 to 25 mins in the oven @180C
or grilled on charcoal.
Garnish with coriander leaves and fresh salad.
For Best result, grill on BBQ charcoal.


Joha Hassan BBQ, saya selalu gunakan serbuk ketumbar, kunyit, jintan, halia & bawang putih, cili boh.garam & gula peramkan 2jam. Gaulkan dengan minyak sedikit..Kalau seafood kunyit, cili paste, garam & gula.






Fan photos from Kongsi Resepi

Ayam masak USEK.......resipi mak mentua mlong (org jawa)

bahan2nya
1 ekor ayam . potong 12...goreng separuh masak dulu


2 biji kentang belah 4
2 biji tomato belah 4
2 tangkai cili merah belah 2

bahan utk blender
2 sudu rempah biji/ketumbar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
4 batang serai...hiris2 dulu

rempah serbuk
2 sudu serbuk jintan putih
3 sudu serbuk jintan manis
3 sudu serbuk lada putih
4 sudu asam jawa yg pekat
garam dan gula secukup rasa
1 cawan santan pekat+1cawan air

Cara2nya

tumis bahan blender hingga wangi masukkan ayam yg digoreng tadi
masukkan kesemua serbuk rempah gaul rata
masukkan santan .kentang.garam .gula dan air asam jawa
tutop seketika sampai kentang empok
masukkan tomota dan lada hijau
biarkan kuah nya pekat dan hidangkan

selamat mencuba

ayam goreng mama'k...resepi dari kak Zuraini Alias..

bhn2
10 ketul ayam
1 sd bsr serbuk cili
1 sd bsr serbuk kunyit
1 sd bsr jintan halus
1 sd bsr serbuk kari
garam/gula

bhn tumbuk
5 ulas bwg merah
2 inci halia

daun kari
tpg jagung

caranya
perap ayam dgn kesemua bhn kecuali tpg jagung dan daun kari..
masa nk goreng baru campurkan tpg jagung..goreng hingga msk keemasan....siapppp

sedap ni kalo makan gan nasi putih atau nasi goreng..

bahan2
-daging dihiris nipis (direbus hingga empuk dan dicampur pewarna merah sedikit)
-bawnag merah, bwang putih, halia (tumisan)
-sos cili, sos tomato, sos tiram, cili kisar
-gula n garam
-bawnag besar n cili utk hiasan

cara2
1-panaskn minyak tumis bahan tumisan
2-masukkan cili kisar anggran 3sudu besar-biar wangi
3-masukkan sos, cili, sos tomato dan sos tiram biar hingga mendidih
4-masukkan air (ikut suka nak kuah pekat atau tak)
5-perasakan dgn gula dan garam
6-masukkan daging yg telah direbus biar dalm 3minit
7-masukkan bahan hiasan biar seminit.
8-siap!!
Wani Khairul dging msk merah cm kt kdai 2 kn???bestnye..yummy2
Fiza Syamri a,ah yg selalu makan gan nasi goreng USA tu..



Chicken Chop, Loncong & Asam Gupal
Assalamualaikum


Hi everyone! How was your day? I have uneasy feeling today,sigh.. Maybe because day after tomorrow I'll be back to Melaka. My mental and physical are not fully ready yet :( Tonight, we had chicken chop as our dinner and after that we had 2 desserts,yummmmyy~~ Here's the recipe!

Oriental Sauce


Fried Chicken

French Fries
1 whole chicken ( cut into big pieces- thigh, wing, drumstick)
Kentucky flour
5 cloves garlic (sliced)
2 onions (sliced)
1/2 bottle chili sauce
2 cans red beans
1 cup water
2 basils
A pinch of salt and pepper
French fries ( side dish)
1. Mix kentucky flour to the chicken. Spread well.
2. Deep fried the chicken in hot oil using large wok.
3. Meanwhile, saute garlic and onion until light brown.
4. Add in chilli sauce, red beans and water.
5. Add in basils and season with salt and pepper. Wait until it simmering.
6. Using the same oil that you fried chicken, now deep fried the fries.
7. Enjoy while still hot!
Squid Sambal


Tadaaaaa..!


ayam panggang serba rasa

 seperti yang saya cerita pada entri sebelum ini...semalam saya macam terlebih rajin...yelah mood tu kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok...

lepas buat kek pisang...saya memanggang ayam pula...banyak idea-idea masakan saya, saya perolehi dari rancangan-rancangan masakan channel AFC dan LI...dan resepi ayam panggang serba rasa ni saya garapkan dari rancangan masakan 'best Wan' yang dihostkan oleh chef wan.

tapi saya tak dapat nak ingatkan seratus peratus bahan-bahan yang digunakan oleh chef wan....oleh itu saya main agak-agak je...

tapi hasilnya memang sedaplah pada saya dan anak-anak...

untuk resepi ini saya gunakan

6 potong paha ayam
2 helai daun pandan, simpulkan
3 batang serai, ketuk
1/2 cawan santan pekat

bahan blender;
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
5 helai daun limau purut
3 biji air limau kasturi

cara;
1) panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis daun pandan dan serai hingga wangi. masukkan bahan blender dan kacau hingga wangi. masukkan ayam dan kacau hingga rata. masukkan santan, garam, perisa dan gula. kacau lagi hingga kuah pekat (dalam 5 ke 10 minit).
2) keluarkan ayam dan ketepikan. masak kuah gravy hingga pekat. tambahkan garam, gula, asam limau dan perisa jika perlu (ikut selera anda). ketepikan.
3) susun ayam tadi dalam bekas pemanggang dan panggang dalam oven sehingga masak kedua-dua belah...lebih kurang sejam ke sejam setengah.
4) keluarkan dari oven dan hidang panas di sapukan dengan gravy sauce tadi....


acar ikan tenggiri

acar ikan tenggiri ni sebenarnya sama seperti masak ikan tenggiri bercuka cuma bezanya, untuk acar ini saya campurkan sedikit santan pekat. saya pernah makan hidangan ini dirumah seorang kawan ketika beliau buat kenduri arwah. daripada rasanya saya tahu lebih kurang akan bahannya.

untuk resepi ini saya gunakan beberapa keping ikan tenggiri. gaul dengan garam dan kunyit dan goreng seperti biasa.

lain-lain bahan terpulang kepada anda. saya guna timun dan carrot sahaja. anda boleh tambahkan kacang panjang, terung, tomato, bawang besar (potong wedges). cili hijau/merah belah dan sebagainya.

tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. tumis dengan sedikit minyak hingga wangi. masukkan beberapa sudu besar santan pekat dan sedikit biji sawi (jika ada/suka). tambah sedikit air jika perlu. biarkan mendidih. masukkan sayuran. biar mendidih sebentar. masukkan sedikit cuka, garam, gula dan perisa. akhir sekali masukkan ikan dan kacau sebentar.

siap dihidang. rasanya mesti sedikit masam, pedas dan lemak.
Anis Ad salam n slamat mowning sume...cadangnye menu tgh nnt 'ayam masak paprik'...sesape yg tahu resepi sbijik cm kat warung ala thai..,mintak la share....
ike puyyu pakk samah..tqvmah.....

Munie Yusoff bwg besar, bwag putih,bwg merah, halia,blender, cili giling,, tumis semua tu... tambah serai dan daun limau purut.. sos ikan/ sos tiram, kicap skit, yg lain secukup rasa.. saya blajar dari kwn yg asal org thai..
Munie Yusoff sayur tambahan tu ikut suka kitalah.. nak letak putik jgung, kcng pnjang, bunga kobis.
Mazni Mohamed nie versi sya..memula tumisserai dgn daun limau purut yg dicarik2...naik bau bru tumis bwg putih+merah....naik bau, msk 2 sudu cili boh, n sos tiram, biar kehap masuk sos cili n apa2 perasa n sos yg suka agak2 dkt nak msk msk kan cili api ketuk 2 biji n perah limau nipis....
SUP YONG TAU FOO
 Bahan-bahannya
Fishball atau bahan2 yong tau foo
Pes bawang putih dan pes bawang merah
Kiub ikan bilis Maggie
Bawang goreng
Daun sup
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Sos cili thai ataupun cili padi merah hiris dan tuangkan kicap cair

LET DO IT:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis pes bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan pula kiub ikan bilis Maggie secukupnya, hancurkan dan tumis sekejap. Kemudian tuangkan air secukupnya (ikut banyak mana sup yang anda hendak sediakan).
3. Masukkan garam dan bila kuah mendidih, masukkan bahan-bahan yong tau foo atau fishball/ crabmeat dan biarkan ia reneh selama 5 minit. Sup pun dah siap.
 Cara untuk menghidang
1. Masukkan bahan yong tau foo kedalam mangkuk, tuang sup yong tau foo.Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup jika mahu.
2. Hidangkan bersama sos cili thai atau pun jika mahu cili padi merah yang telah dihiris dan tuangkan kicap cair.
Nota: Bila anda menumis pes bawang putih dan bawang merah, hendaklah tumis sehingga ia betul masak dan bangkit baunya baru supnya jadi powerrr!
Tahu Goreng
 Tahu memang sudah tidak asing lagi bagi kita terutama masyarakat melayudengan rasa yang lezat , mula dari digoreng biasa hingga diolah menjadi masakan jenis lainya. Tidak semua tahu diproses dengan bahan berbahaya tersebut, terbukti masih ada saja tahu yang dibuat secara alami.
Di balik kelezatannya, ternyata tahu menyimpan khasiat medis tersendiri. Sebuah studi oleh tim medis dari Kanada membuktikan bahwa tahu dapat menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Selain menurunkan kolesterol, tahu juga terbukti dapat mencegah Cancer payudara.
 Bahan-bahan
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)
 LET DO IT:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

Sambal Goreng Udang
 Bahan2:
8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
4-5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
Minyak untuk menumis, gula, garam..
(Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
1 Labu Bawang Besar-Dihiris
 Let DO IT!:
1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar.. 3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
4- Jika suka masukkan petai..
5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
Hidangkan..
 ALL THE BEST, Ady greatsword
TOM YAM



Tom Yam merupakan sejenis sup yg terkenal bukan saja dari negara asalnya Thailand tetapi di seluruh dunia. Rasanya masam2 pedas dgn keharuman aroma dari herba yg digunakan seperti serai, daun limau purut, lengkuas, air limau nipis, sos ikan dan sebagainya.

Di negara Thai, sup tom yam ni selalu dimasak dgn menggunakan bahan utama seperti udang (tom yam kung), ayam (tom yum gai), ikan (tom yum pla), ataupun campuran makanan laut (mixed seafood) (tom yum talay atau tom yum po taek) dan cendawan – selalunya straw atau oyster mushrooms. Sup ini selalunya dihias dgn hirisan daun ketumbar.

Hah... yg atas tu adalah petikan dari Wikipedia yg telah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya rasa ramai yg dah tau camner nak buat sup tom yam ni. So di sini saya sekedar nak berkongsi ttg sup tom yam yg saya buat semalam. Jom lihat resipi dan cuci mata ya...




TOM YAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, seberat 1.2 -1.3 kg (dibuang kulit & dipotong 12)
15 tangkai cili kering (direndam)
5 ulas bawang putih
1 cm halia ....... dikisar halus

8 batang cili padi (ditumbuk kasar)-boleh dikurangkan ikut citarasa
10 batang cili padi (utk dimasukkan sebiji-biji)
4 batang serai (dititik)
3 cm lengkuas (dititik)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
5-6 kiub pes tom yam
8 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
3 biji tomato (dipotong 2 atau 4)
1 – 1½ liter air (atau ikut citarasa)
1 sudu teh gula
garam secukup rasa (atau jika perlu)
80 -100 ml minyak utk menumis
1 batang lobak merah (potong ikut suka)
100 gm bunga kobis/broccoli
1 tin kecil button/straw mushroom (potong ikut suka)
1 tin jagung muda


Cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk. Masukkan campuran cili kering, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan cili padi (tumbuk) dan tumis hingga garing dan wangi. Kalau perlu bubuh sedikit air.

Masukkkan kiub pes tom yam, (hancurkan sedikit agar mudah larut), potongan2 ayam dan 1½ liter air. Bubuh sekali daun limau purut. Masak sebentar (kira-kira 8-10 minit) sehingga ayam ½ masak. Kemudian masukkan bawang hiris, lobak merah, cendawan, bunga kobis, jagung muda dan cili padi. Masak lagi sehingga ayam empuk.

Kemudian, masukkan tomato, gula, garam (jika perlu) dan air limau nipis. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, kacau sebentar lalu matikan api.


Nota :
1) Saya tak gunakan sos nampla (ikan) krn penggunaan sos ikan ni optional.
2) Sukatan air yg diberi adalah sebagai garis pandu & jenis sayur-sayuran dan sukatannya tergantung kpd citarasa anda.
3) Anda boleh hidangkan sup ini dgn mee, kue teow atau pun bee hoon.


AYAM PENYEK/PENYET
Pernah satu ketika dulu ada seorang pengunjung yg bertanyakan ttg resipi Ayam Penyek. Di sini saya ingin berkongsi satu resipi yg saya tukil dari Buku ALMAS. Diharap sesiapa yg berhajat bolehlah mencubanya. Pastu, bolehlah feedback ya!




AYAM PENYEK
(sumber resipi & foto : Pn Asmah Laili)

Bahan-Bahan
1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan
2 - 3 liter air
3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
3 hiris lengkuas, dititik
6 biji bawang putih, dihiris
1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
1 ibu jari halia, dititik
4 helai daun salam
4 sudu makan rata, gula Tanjung
2 sudu makan rata garam


Cara
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam
yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan. Goreng ayarn mi, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng
bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung. Sajikan segera dengan sup asam, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, kangkung rebus, Sambal Kicap Lada Padi serta Sambal Lonteh.

NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.

2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.

3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.

4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.


Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya


Cara-caranya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.

2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.

3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.

4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.


Nota:
Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya


Cara-caranya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.

2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.


Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)


Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.

2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota:

Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula paisr
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.
Posted By Bro Rozzan




Topic: Mushroom Soup HOme made
SEha Jarudi
1.5 liter air
450 mlm susu segar/rendh lemak
cendawan butang tin/segar (ikut nk bnyk mne)
dada ayam
kiub ayam
garam/gula
lada sulah
kentang 4bji
1 sudu tepung jagung

cara2nya :
1. rebus kentg then blend. cendawan pula blend kasar n hiris nipis.
2. masakkn air n dada ayam gingga mendidih..masukkan kiub ayam...
3. then,susu...kacau mesra.. masukkan kentg,cndawan,lada sulah,garam n gula... kacau mesra...lastly masukkan bancuhan tepung jagung n kacau sebati sampi sup tu mask n likat sdikit...


Topic: ayam percik
Intan Liana


bahan2:-

ayam 1 ekor

bahan tumis dan blend

cili api 15 biji
cili kering 10 tangkai
bawang putih 4 ulas
bawang besar 4 biji
halia 1 inci
lengkuas 1 inci
jintan kasar dan halus setengah sudu
serai 7 ikat ( 6 ikat di ricik dan blend ) 1 ikat ketuk dan tumis bersama
santan bersama 1/2 biji kelapa saja...mesti cair.....
gula pasir 1 sudu
gula merah 1 sudu
asam keping 1 keping
2 btg serai yg direndam bersama minyak..utk digunakan sewaktu memanggang..


cara membuatnya:-

tumis bahan tumis hingga garing...kemudian masukkan santan dan masukkan ayam . Taburkan gula merah,gula pasir dan garam....biar secukup rasa ( pastikan ada rasa pedas manis )... Biarkan sehingga ayam masak...tapi jangan terlampau lembik ayamnya....asingkan ayam utk dipanggang...semasa memanggang sapukan kuah ayam yg dimasak tadi ke atas ayam...dan percikkan dengan minyak yg telah direndam bersama serai tadi...panggang kehitaman....makan bersama kuah tadi...

* masak ayam sehingga masak supaya masa utk memanggang sekejap saja..


selamat mencuba...

opic: Kuah yong tau foo sedap
Rohaida Rasdi
bahan-bahanny:-

10 tangaki cili kering -(klu nak wat lebih tambahkan)
2 ulas bawag putih
belacan
air, minyak masak.
gula merah
bijan yang telah di goreng tanpa minyak.
sikit tepung jagung utk pekatkan kuah.
asam keping.

caranya:-

-kisar cilikering+ belacan+ bawang putih dan tumis dgn sedikit minyak hingga naik bau.
-masukkan air + gula merah+ garam +asam keping secukup rasa.
-masukkan tepung jagung utk memekat kan kuah ( di bancur dgn sedikit air)
-akhir sekali masukkan bijan yg telah digoreng tanpa mnyak.
-dah siap... boleh leh di jadikan pececah Yong Tau Foo yg telah siap di wat sup @ direbus.
selmat mencuba..
Topic: Satay Goreng Berkuah
Rafidah Hashim
Satay Goreng Berkuah

1kg daging lembu @ ayam
5 batang serai (dikisar halus)
1 1/2 sb biji ketumbar
1 1/2 sb jintan manis
1 sb serbuk kunyit
3/4 cwn gula
1/2 sb garam
2 sb minyak masak

Bersihkan daging @ ayam kemudian di potong dadu.
Campurkan semua bhn2 yg telah dikisar halus, gula, serbuk kunyit, garam dan minyak masak ke dlm daging @ ayam td.
Perap 1 mlm di tempat beku. Esoknya boleh digoreng dengan minyak yg sedikit.

Kuah Kacang
1/2 kg kacang tanah (digoreng tnpa minyak dan di mesin kasar)
4 ulas bwg kecil (dikisar halus)
3 ulas bwg putih (dikisar halus)
1 senduk cili mesin
1 mangkuk gula
3/4 mangkuk minyak
1 sb nestum
2 keping asam
garam secukup rasa

Tumiskan bhn2 dikisar dan cili hingga garing.
Masukkan air, asam keping dan kacau rata.
Masukkan kacang, gula, garam dan nestum, kacau rata kecilkan api dan masak hingga mendidih.


BAKED HONEY LEMON ROSEMARY CHICKEN
by Fauziah Abd Samad on Tuesday, 11 January 2011 at 21:02
aduh panjang lebar nama resipi kali ni. tak daapek den nak nolong. hari ni nadia yang buat. kjee tak pernah buat ayam panggang guna resipi yang kjee tengok dalam blog Dapur Tanpa Sempadan. Chef Mat Gebu punya resipilah, sapa lagi kan. Kjee percaya Nadia yang buat kerana simple sangat. mama dia sibuk buat skrip, anak didera ke dapur. apapun, memang sedaplah. kalah ayam mas. resipi ni sihat sangat sebab guna minyak zaiton. tapi kalau tak de, minyak apapun ok lah yer. kjee buat setengah ekor sebab ingatkan cukuplah untuk 3 beranak. hampeh. kene komplen ngan unclepali. ok kita tengok menunya.

BAHAN2NYA
½ ekor ayam
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap)
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot)
1 biji lemon
garam secukup rasa

CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. sagat kulit lemon (kuning jer. jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. perah air lemon ke dalam mangkuk. tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi. campurkan minyak, madu dan garam. lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. kalau lebih lama lagi elok. bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam. selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins. resipi baked potato skin dah lama ada dalam Notes. selamat mencuba.

Like • Comment • Share

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
CARA-CARA:-

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.

Makcik tambah kubis bunga & daun bawang sebagai penyeri majlis.
.

Lemon Rosemary Grilled Chicken
Resepi nama omputih tapi masaknye tak de le sesusah mana cuma nk tunggu masak je yg agak menguji ketabahan terutama ketabahan anak-anak. Kejap2 berlari ke dapur, tanya dah masak ke belum. Lepas masak nk make-up ayam pun tak sempat. Diorang dah mengeletek kat belakang. Nasib le sempat tangkap sebagai bukti penyiaran.

Rasa dia......mmmmm, yummy yummy.



Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering. Saya guna 1 1/2 sudu teh rata measurement spoon. Kalau terlebih sangat nanti pahit
Garam 2 sudu kecik (sudu plastik kfc)

Cara:
Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit. - Saya tak rebuspun, terus cucuk2 and sumbat dlm ayam b4 bakar
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.

Note: Seeloknya kalau nak makan dinner..buat petang atau pagi..perap semua dan bungkus dengan foil..pastu simpan peti sejuk..nak guna baru bakar..lagi sedap sebab herbs tu dah mesra dengan ayam




Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering. Saya guna 1 1/2 sudu teh rata measurement spoon. Kalau terlebih sangat nanti pahit
Garam 2 sudu kecik (sudu plastik kfc)

Cara:
Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit. - Saya tak rebuspun, terus cucuk2 and sumbat dlm ayam b4 bakar
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.

Note: Seeloknya kalau nak makan dinner..buat petang atau pagi..perap semua dan bungkus dengan foil..pastu simpan peti sejuk..nak guna baru bakar..lagi sedap sebab herbs tu dah mesra dengan ayam
POSTED BY IDASHAZANA

AYAM MASAK HALIA ( Sumber : Chef Hanieliza )
Bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek] – tak de, saya tukar daun ketumbar
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.

AYAM GORENG Kedai Mamak
by Resepi Masakan Melayu
1 ekor ayam  (potong 4 atau 6 )
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun kari (digoreng sekejap dan ditabur pada ayam)

Caranya:
1. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.
2. Perap selama 30 minit.
3. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep fryer pada suhu 160 darjah celsius selama 15 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan toskan. Taburkan dengan daun kari goreng  dan sedia untuk dihidangkan.


Resepi AYAM PAPRIK
by Resepi Masakan Melayu
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan-bahan perasa
Cara:
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.





AYAM MASAK MERAH
bahan2;
1 ekor ayam[potong sedang2 la,bersihkan letak garam n kunyit dan goreng]
10 biji cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg kulit kayu manis
1 1/2 cwn sos cili kimball
2 cwn air
2 biji bawang besar potong bulat

cara2;
1; tumis bahan blender hingga naik minyak ,masukkan kulit kayu manis.
2;masukkan sos cili dan air
3;masukkan ayam yg digoreng tadi dan masukkan bawang besar
4;masak hingga agak pekat dan perasakan garam dan ajinomoto.
5;hidangkan.


SIAKAP SWEET SOUR

bahan2;
1 ekor ikan siakap dibersihkan dan digoreng
1 cwn sos cili kimball
air secukupnyer
sedikit nenas potong kecil2
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah
sedikit putik jagung
1 biji bawang besar dibelah 6
bawang putih 2 biji
sedikit minyak tuk menumis

hiasan;daun bawang n daun sup

cara2;
1;panaskan minyak,ketuk bawang putih dan tumis hingga kekuningan
2;masukkan air, sos,bunga kobis,putik jagung,lobak merah, bawang n nenas,perasakan dgn garam n ajino
3;masak hingga kuah nyer pekat dan tuangkan keatas ikan tadi,dan hiaskan dgn daun bawang n daun sup
4; hidangkan...



TAHU BAKAR
by Fauziah Abd Samad on Saturday, 27 November 2010 at 23:51
Oka y kita cerita lak pasal resipi nk buat tahu bakar. Kjee mmg suka sgt tahu bakar...tapi sekarang dh tak suka cos dh terlalu exposed kat tahu bakar sejak meniaga selama 6 tahun. Malah bukan sahaja tahu bakar, tetapi Kjee dh hilang semangat nk makan laksa johor dan penang fried kwayteow sejak tahu membuatnya. Bukan nAk kata apa yg kjee buat tak sedap tapi bila dah mengadapnya hari2, maka yg sedap jadi tak  sedap. ntahlah. okay bercerita pasal tahu bakar ni. mula2 niaga dulu kjee buat sos hitam pekat yg guna base taucu manis. ala macam sos yong taufu tu. lama gak kjee guna resipi tu. resipi dia ala rasa cina. satu hari ada member datang gerai. dia bagi resipi ni untuk sos tahu bakar. semuanya ada lima item...sama sukatan. kalu guna cawan make sure yg sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air sejuk (paip). campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai dia melegak dan pelankan api sampai dpt kepekatan yg kita nak. itu resipi asal member tu. tapi kjee ni buat sikit perubahan. sebenarnya, cili kering yg diblend tu boleh nak agak kepedasannya. so kjee hati2 bila mencampurnya. kekadang tiga suku cawan dan kekadang setengah jer. gitu juga ngan petis. kekadang setengah cawan jer takut masin sangat. pastu kjee ubah lagi. cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, kjee campur dulu ngan air sejuk satu cawan tadi dan kjee tapiskan ke dalam periuk. sebab? kan masa kita blend cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sgt sebenarnya. so bila ditapis ngan air tadi kita akan dpt result sos yg halus dan cantik. ok bab sos dh siap. skrg camner nk buat tahu bakar. korang mesti ada tempat membakar. kalau ada oven toaster lagi baik. belilah tahu yg dah goreng. cina panggil taupok yg empat segi. pastu belah ikut tepi tapi jgn sampai putus. susun kat pembakar dan bakar. bila dh puas hati ngan kegaringannyer, korang angkat dan susunkan timun dan sengkuang yg telah diricik halus ditengah2 tahu tadi. tutup atau kepitkan tahu tu dan potong dua ke empat ker. pastu siram sos dan tabur kacang tanah yg telah ditumbuk halus. yg dh siap pun ada jual. selamat mencuba. kalo dh buat pls bagitau...jadi ke tidak yer. Oh ya lupa nk bagitau. sos ni bleh simpan lama dlm fridge dengan syarat korang x abiskan...juga diguna untuk sos sotong kangkung ker or rojak buah.


CHICKEN DRIED CHILI
BHN:
isi ayam-dpotong dadu dan dgaul ngn tpong gandum dan serbuk lada putih
daun bawang-asingkan bahagian bawah dan atas daun bawang
bawang besar-hiris kasar
halia muda-hiris kasar
segenggam cili kering
DAUN KARI
serbuk lada putih
sos tiram(lee kum kee)
kicap pekat
stok ayam
garam
gula
air
CARA:
goreng isi ayam td
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
bile dh minyak btul2 panas,tutupkan api
masokkan cili kering
gaul n on kan api semula
*untuk elakkan cili kering hangus
trus masokkan halia muda,bahagian bawah daun bawang,bawang besar,DAUN KARI dan ayam td-gaul sampai naik bau dgn api besar
kemudian boh sume bhn perasa dan air
renih ngn api yg besar
then,pas tutup api,trus boh daun bwg bahagian atas td kemudian tutup 5 minit
sedia dihidang...



Resepi sedap: Ayam goreng berempah

Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas
p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..
Balas | Petikan
tumbuk halia dengan bawang putih, pastu perap kat ayam.. letak garam kunyit sikit.. pastu goreng. pun sodap jugak.. wangi.. (^_^) but kena hati2.. bahan perap tu senang hangit.. hee..
Balas | Petikan
kalo goreng dgn tepung adabi + telur, lg best..! masyuk cam kt KFC..hehe
Balas | Petikan
em.. saya dah buat tapi tak guna bawang putih..
saya blendkan daun kari. , gaulkan dgn serbuk kari dan sedikit sebuk cili .pasti ada kelainan. lain2 sama aje. Ingat daun kari kena banyak. Baru baunyer…. tak terhingga..ummmpph

cam sedap resepi nie.tapi klau isi banyak daun kari,lagi best.jadi rangup.eym…yummy

ayam tu kalau boleh kelar2 kan bru rmpah masuk kat dalam!!





cooks something simple today :)) TQVM to TA Rita Norlitah Hashral for d recipe.
cha twisted frm chic to udang...so TA cha C&P d recipe yea?

Bahan nya..
Ayam (potong kecil dn perap dgn lada sulah) - cha gunakan udang
Bawang merah yang kecil lagi elok.. (guna byk jugak bawang nie,ayam setengah ekor, bawang dlm 10ulas ditumbuk halus)
Serbuk kari ikan
Kicap pekat/ kicap biasa secukupnya
Daun kari secukupnya
Gula sedikit( lebih kurang 2 sudu makan gitu)

Caranya;

-ayam yg diperap tadi digoreng dulu biar masak jugak lah..tapi jngn terlalu kering..lalu ketepikan.(pakai lah non -stick pan supaya elok jer tak lekat kat kuali)

-minyak masak taruk dalam kuali dalam 5 sudu makan ,lalu tumis daun kari dulu,kemudian-tumis bawang merah yg ditumbuk tadi, tumis hingga bawang lembut dan kuning sedikit, dah layu bawang tuh, masokkan gula sikit je supaya tak lah pahit sangat ada balance kan rasa dia.

-kemudian masukkan ayam tadi,gaul dulu biar rata then taburkan serbuk kari secukup rasa....serbok kari masokkan macam tu jer..agak agak lah..takmo bnyk dan takmo sikit sngat..

-gorengkan sekejap kemudian masukkan kicap biasa /kicap pekat dan gaulkan rata.kalau masukkan kicap biasa kena agak agak sikit..jngn terlalu bnyk,rasa rasa lah pastu gaul gaul kejap..Bole jg klu nk tmbh garam dn perasa.

***** UTK UDANG VERSION
cha tumis as above method (biarkan sedikit pekat..then addkan udang kerana udang cepat masak )..

Hari ini saya masak briyani KAMBING..mbekkkmbekkkk

NASI BRIYANI

Bahan nya
3 kilo beras briyani (beli jenis yg baik di rendam 1/2 jam dan ditoskan buang air nya)

1 tin kecil minyak sapi 500gram (Ta tak guna semua, Ta guna 1/2 then campor ngan canola oil) health reasons.

2 biji bawang besar dihiris

rempah tumis 4 beradik (kayu manis 1 btng, bunga cengkih 6 biji, pelaga 6 biji, lawang 2 biji

1 tin susu cair

paste bawang besar kisar, halia kisar dan bawang putih kisar..

daun pandan

Cara nya
Panaskan periuk, taruk minyak sapi, tumis bawang hiris, rempah 4 beradik, lalu masokkan sekali 1 sendok kecil halia kisar,

1 sedok kecil bawang besar kisar, 1 sendok kecik bawang putihl kisar.

Tumis semua biar sebati, kemudian taruk air dan daun pandan 1 ikat. Dah didih, masokkan susu cair, beras, garam daun ketumbar dan daun pudina yg sudah dipetik petik. Masak biar nasi tanak,NASI DAH MASAK... lastly masokkan saffron (koma koma) yg sudah direndam dngan sedikit air mawar. saffron ngan air mawar nie masokkan buat kan satu putaran jer..pastu biarkan nasi tu tanak dulu..jangan dikacau dulu ye NANTI NASI HANCUR TAK CANTIK!! dah lama sikit nasi tu kerok dari tepi dan tolak ketengah..(KALO TAKDE SAFFRON BLEH SAJE LETAK PEWARNA KUNING ATAU OREN SEDIKIT JER)

(SUKATAN UNTUK NASI 1CUP BERAS BRIYANI=1 1/2 CUP AIR) AIR NYA PULA NAK KIRA NGAN SUSU TU SEKALI YE.

DAGING MASAK MASALAHHH

Bahan nya
untuk 1 kilo daging

1 kilo daging kambing atau lembu
4 biji bawang besar dihiris halus dan digoreng seperti bawang goreng dan ketepikan.
4 batang lada hijau dikisar halus
4 batang lada merah dikisar halus
5 biji tomato dipotong kecil
2 sudu besar bawang besar kisar(paste)
1 sudu besar bawang putih kisar(paste)
1 sudu besar halia kisar(paste)
2 sudu besar rempah briyani
2 genggam badam dikisar
2 genggam gajus di sangrai atau digoreng
3 sudu besar tairu(yogurt)
secekak daun ketumbar
garam dan perasa
minyak untuk menumis

Cara nya
Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bawang hiris lalu ketepikan..
Tumis semua bahan yng dikisar. Biarkan sebentar, kemudian masokkan buah tomato.Masokkan pula bawang yg dah digoreng, tairu,rempah briyani,badam kisar dan gajus.
Masokkan kan pula daging dan kacau hingga rata.Masok garam, perasa dan daun ketumbar.Masak hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat...kemudian bolehlah di dam kan ke nasi briyani tadi...


kakbesah@myresipi.com
sekali lg.. hb suruh tempek respi kt sini lauk pebret dia.. akk okeh je lah.. (isteri yg taat la katakan.heheh)

ra Azmira Syah
as-salam...rakan KR..sy nk tnya pada sesapa yg tahu resepi nk buat udang butter,jika ada yg tahu minta share resepi ye thnks....jasa mu di kenang... (^^,)
5 hours ago • Like •

Jamilah Jamal likes this.

o
Ezza Aziz udang gaul ngan tepung jagung/ubi...goreng 1/2 masak. panaskan butter..tumis bawang puith cincang@tumbuk...cili padi cincang/hiris..daun kari....dah garing masukkan telur yg dipukul hingga sikir kembang...kacau laju2...& masukkan udang...gaul rata & toskan butter tadi...



Bahan-bahan ( 6 ekor )
3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam cili api, segenggam ikan bilis - kesemuanya ditumbuk.
2 biji tomato - dicincang halus
1/2 biji limau nipis diambil jusnya @ 1/2 sudu teh asam jawa
garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. gaul rata semua bahan2. suaikn rasanya. sumbatkan ke dalam perut ikan hingga padat. ikat perut ikan dgn benang kapas supaya sambal x terkeluar.
2. goreng dalam minyak yg sedikit hingga masak. halakan belahan ikan ke tepi kuali supaya sambal x kelur semasa digoreng
3. siap.. bleh mkn..!
Tag





ra Azmira Syah
as-salam...rakan KR..sy nk tnya pada sesapa yg tahu resepi nk buat udang butter,jika ada yg tahu minta share resepi ye thnks....jasa mu di kenang... (^^,)
5 hours ago • Like •



Ezza Aziz udang gaul ngan tepung jagung/ubi...goreng 1/2 masak. panaskan butter..tumis bawang puith cincang@tumbuk...cili padi cincang/hiris..daun kari....dah garing masukkan telur yg dipukul hingga sikir kembang...kacau laju2...& masukkan udang...gaul rata & toskan butter tadi...







ayam masak halia.puan2 mesti tahu masak n kan tapi amy saje jew letak resepinya kat cni ye.
bahan2...
1keping dada ayam
1/2 bj bawang merah*
4 ulsa bawang putih*
halia 3 inci dihiris halus2...
cili padi sedikit.kalo nak pedas boleh tambah ye..*
2sdb sos tiram.
air sedikit
hiasan..
bawang besar
daun bawang
daun sup
cara2....
tumbuk bahan2 yg bertanda.selepas tu tumis ye hingga naik bau..dah tu masukkan dada ayam tadi...gaul seketika dan masukkan sedikit air.tutup kuali dan biarkan dalam beberapa minit tuk bg masak ayam tu.bila dah ok bolehlah masukkan sos tiram,garam n ajinamoto.gaul selepas tu bolehlah masukkan bahan hiasan.bawang besar,daun sup dan daun bawang sedikit.siap.boleh makan...masakan yg simple tapi sedap....

AYAM MASAK BOMBAY
recipe dari fren FB.tqvm pd PN Rita Norlitah Hashral krn share dis recipe..it's so simple & mmg sesuai utk pn2 yg bekerja dan x suka spend bnyk masa kat kitchen

AYAM MASAK BOMBAY

1 KG KEPAK AYAM
2 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
1 SENDOK CILI KISAR
3 SUDU BESAR KICAP MANIS
3 HELAI DAUN KARI
2 BATANG SERAI DITITIK
1 SUDU TEH LADA SULAH/PUTIH

CARA NYA
KISAR BAWANG, BAWANG PUTIH DAN HALIA.
PERAPKAN KESEMUA BAHAN TERSEBUT DENGAN KEPAK AYAM SELAMA 1/2 JAM.
PANAS KAN KUALI,PANASKAN MINYAK &
MASOKKAN AYAM DAN KESEMUA BAHAN YANG DIATAS.
TUTUP KUALI, MASAK DENGAN API KECIL SEHINGGA PEKAT JANGAN DILETAK AIR...AYAM ITU SENDIRI AKAN MENGELUARKAN AIR DENGAN SENDIRI NYA..BUBUH GARAM DAN PERASA..SETTLED!


udang mentega.my fav n.hehehe
resepi by nurzuhaila.tqvm bab dah share resepi n...
resepinyer:
-udang +serbuk kunyit n garam pas2 grg.....
-grg daun kari n cili padi...pas2+ngan udang td...
-sy letak telur sebiji tp ada org letak merah telur jerk...so sy + susu cair+garam sket.....
-pas2 grg telur ngan mentega(sy bubuh lebih kurang 5-6 sudu bsr)kacau sedikit demi sdikit....ada org ltk 1sb bsr mentega....
-bila telur dh garing,tapiskantelur td cz byk minyak.....
-pas2 gaulkan telur td ngan udang yg dh grgr td....
-hidangkan mkn ngan nasi panas.
Ieka Aleeya
nk tnya pada kwn2 kt KR ni blh tk bg resepi untk buat perap dgng,ayam,ikn dll sbb hr ahad ni nk buat BBQ kt rmh emk ngn family...tk tau lh bahan2 nk buat perap BBQ tu....plzzzzz
5 hours ago • Like •
Nanie Erney Perap...biasa ja..
Serbuk kunyit,bwg putih/kisar,gula mau byk,garam,minyak ckit ja...klu perap lma lg bgus n sdp 2,3ari perap
5 hours ago • Like
Seri Yazi klo gne madu x sdp ke?
Nanie Erney Buli jua tem bkar sapu madu..

Inna Azlina bawag puth, halia, kunyit, jintan manis, ketumbar, gula melaka/nise(bhs kelate) dan garam.........semua di blend
Marizah Miza try cara ni...sy tgk chef wan wat...sy dah try...mmg sedappp....sos tomato...mustard...serbuk cili...myk masak...bawang merah dicincang...garam...gula...cuka sket...perap semalaman...air dari perapan tu...amik...masak jap smpai mendidih...wat siram msa bakar ayam

Laily Saleh versi belasah saye...bawang putih,bawang merah,halia,oyster sos, rempah kari skit, gula, garam, kasi blend sume...jgn lupe lada hitam...buh air coke tau...perap semalaman.....bile buh air coke..rasa dia lain tau...sedap...
20 minutes ago • Like

2. Satay dan Kuah Satay



Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk satay, sakit nak beranak. Pastu masuk dlm rumah terus Kjee keluar.

Ya ker...jadi taklah beranak dalam dulang satay...Merepeklah mak.. risau kjee dengar. Datuk Kjee dulu jual satay. Memang famous satu Malaya.  Di Kuala Lumpur, sebut Majid Satay semua kenal. Satay dia sedap sangat.

Dulu masa kecik, datuk Kjee meniaga di Campbell Road. Setelah dia tiada, kami membuka Restoren Satay Anika di Bukit Bintang Plaza.. Sekarang Satay Anika dan datuk dah tak de. Tapi sepupu2 Kjee ramai yg masih jual satay ikut resipi datuk kita. Nasib baiklah dia orang jual. Kalau tidak, susahnya Kjee sebab susah nak selera makan satay orang lain...hehehe maaf ya.

Hari ni Kjee nak bagi resipi Raja Satay Malaysia iaitu Majid Satay.Rahsia buat satay ialah kita mesti gunakan daging batang pinang. Memanglah mahal sikit tapi kalau daging biase, keras. Resipi yang ada pada Kjee guna kati so Kjee tukar ke kilo ya. Kita tengok resipi dia.

Bahan2nya: (SATAY)

600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

caranya:

Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti  gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu, cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus. Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam.
(KALAU NAK BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKANA SATAY YANG TELAH DIGORENG DALM PERIUK KUAH)

KUAH SATAY

Ada macam2 versi kuah sate. Keluarga sebelah bapak Kjee kat Melaka pun jual sate. Dia orang bubuh biskut Marie sebab nak bagi kuah dia pekat. Ntahlah Kjee dah lupa rasenyer. Tapi kuah sate Majid Satay guna kacang tanah 100% so very de ori. Pastu kita orang guna gula Melaka bukan gula putih. Gula melaka lagi lemak kata arwah mak. Resipi untuk kuah ialah:

bahan2nya

600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.


Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudaha melegak, masukkan gula melaka dan garam.

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Selain makan satay dengan kuah dan nasi himpit, sedap jugak kalau dihiris bawang, cili api bubuh kicap dan dimakan bersama satay. Hmmm sedapnya. Selain itu, hirisan timun juga suatu kemestian. Selamat mencuba.
Posted by Kjee at 3/21/2011 10:08:00
Ayam Masak Merah Madu



Ayam Masak Merah Madu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
cili giling secukupnya
sos cili secukupnya
2 keping asam gelugur
4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar sos tiram
garam
bahan-bahan kisar :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.
5.

No comments: