shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Sunday, October 30, 2011

TESIS : Medication Error di kalangan Pelatih


KURSUS DIPLOMA KEJURURAWATAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 3 SEMESTER 1
NURSING RESEARCH (NNRH 3122)
TAJUK KAJIAN:
MEDICATION ERROR DALAM KALANGAN
JURURAWAT PELATIH KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA

(KUMPULAN 2/2009)
TEMPOH TUGASAN
MINGGU KE-2 HINGGA KE-12


****hak milik elisa****



1.0 PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya.  Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zaleha Abu Bakar, Pengarah Kolej Kejururawatan Melaka, kerana telah membenarkan kami melakukan kajian ke atas pelatih-pelatih Kolej Kejururawatan Melaka. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada Puan Hamsiah Bin Ahmad sebagai pengajar subjek Nursing Research yang telah memberi dorongan, cadangan, komen dan sokongan yang ikhlas dan bernas sepanjang kajian ini dijalankan. Kami juga ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lau Kwee Teck, yang juga merupakan sumber untuk mendapatkan idea, motivasi dan berkongsi pengalaman ketika beliau melakukan kajian semasa melanjutkan pelajaran.
Terdapat juga individu lain yang memainkan peranan penting dalam usaha menyiapkan kajian seperti  penglibatan Semester 3, 4, 5, dan 6 yang sudi  menjadi responden dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli kumpulan kami yang banyak membantu mendapatkan maklumat, bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk menyiapkan kajian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Di samping itu, jutaan terima kasih kepada perpustakaan Kolej Kejururawatan Melaka yang membenarkan kami meminjam buku-buku , jurnal dan naskah berkaitan dengan  medication error  sebagai bahan rujukan dalam menyiapkan kajian ini.

      Akhir sekali ,ucapan  terima kasih  juga  ditujukan  kepada  individu – individu
yang  secara  langsung  dan  tidak  langsung  telah  memberi  sumbangan dalam  penghasilan kajian ini. Sekian , terima kasih.













Abstrak
        Medication error  merupakan suatu kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan jururawat. Pengetahuan  mengenai medication error  penting bagi mengelakkan kesilapan. Objektif kajian  ini  adalah  untuk   mengenalpasti  tahap  pengetahuan  jururawat  pelatih  mengenai  punca  medication error  dan langkah bagi mengatasi medication error semasa didalam kawasan klinikal.
       Kajian  ini  dilakukan  terhadap  72  orang responden  dan  instrument  kajian   yang  dijalankan  adalah soal selidik.
         Kajian  ini  hanya  dijalankan  pada  Semester 3, 4, 5  dan   6  kerana  responden   ini   telah   menerima  teori   dan  pengalaman  menjalani   praktikal   dikawasan   klinikal  berkaitan  dengan  pemberian   ubatan . Penyelidik   tidak  mengambil  Semester 1  kerana  mereka  belum  mempelajari  subjek  Pharmacology  manakala   bagi  Semester  2,  mereka  baru  mempelajari  subjek  Pharmacology  tetapi  belum   menjalani   amalan  sesi  praktikal  dikawasan  klinikal.
         Data dianalisa  oleh  pengkaji  dan  lakaran  dilakukan  menggunakan  Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel.Dapatan  kajian  mendapati  bahawa  tahap  pengetahuan  pelatih  mengenai  medication  error  adalah  tinggi  mengenai  punca  berlakunya  medication error  dan langkah  untuk  mengatasinya . Oleh kerana tahap pengetahuan pelatih mengenai medication error adalah tinggi , kebanyakkan pelatih tidak mempunyai pengalaman dalam medication error.

                                          
2.0 PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN
 2.1 Penyataan masalah
       Medication error  dalam  kalangan  jururawat  pelatih  Kolej Kejururawatan Melaka.
2.2 Hipotesis  
        Mengkaji  hubungan antara  pengetahuan  jururawat pelatih  mengenai medication error  dan pengamalan mereka semasa praktikal.
2. 3 Objektif  kajian
       Objektif umum (am)  
       Mengkaji amalan dan pengetahuan medication error  dalam kalangan jururawat
       pelatih      

         Objektif spesifik
         a)  Mengkaji punca  medication error.
         b)  Memberi cadangan penambahbaikkan bagi mengelakkan kejadian
   medication error.
                                                   
                                        

 2.4. Istilah dan definisi
Medication  error :
·         Cara pemberian  yang tidak betul atau salah ubat , seperti kesilapan dalam dos atau cara  pemberian , kegagalan untuk menetapkan atau memberi ubat yang betul atau formulasi  bagi penyakit  atau keadaan  tertentu , penggunaan dadah yang sudah luput  tarikh , kegagalan untuk mematuhi masa yang betul bagi pemberian dadah,atau kurang kesedaran tentang kesan buruk daripada kombinasi dadah tertentu.
Dos :
·         jumlah ubat yang diberi.

Kombinasi :
·         gabungan.

Jururawat pelatih :
·         orang lazimnya perempuan yang kerjayanya merawat pesakit di hospital dan orang yang sedang menerima latihan atau pelajar.




3.0 Literature review :
            Keselamatan pesakit merupakan asas kepada kualiti kejururawatan dan penjagaan kesihatan. Malangnya ia boleh terjejas hanya dengan satu masalah iaitu medication error iaitu satu isu yang global bukan sahaja di Malaysia malahan berlaku di luar negara contohnya Amerika. Menurut kajian oleh Leape et al (1991) dianggarkan seramai 7000 orang mengalami kematian dalam setahun disebabkan medication error. Ini menjadikan ia sebagai penyebab ke-8 kematian bagi rakyat Amerika. Masalah ini seharusnya dicegah dengan menggunakan teknologi yang canggih dan prosedur yang standard bagi setiap jururawat untuk mengurangkan kadar morbidity dan mortality pengguna.
   Apakah yang dimaksudkan dengan medication error ? Menurut National Patient Safety Agency (NPSA 2003), medication error merupakan suatu kejadian yang boleh membawa keburukan kepada pengguna ubatan jika ia digunakan dengan tidak tepat sedangkan masih dalam kawalan jururawat ataupun pengguna. Berbeza pula dengan pendapat  Joint  Commission on Accreditation of Hospital Organizations mengatakan medication error adalah satu tindakan yang tidak diingini samada pengabaian atau kerosakan yang berlaku ataupun tindakan yang tidak mencapai sesuatu tujuan. Ini membawa maksud bahawa seseorang  yang  mengabaikan sesuatu tindakan sehingga menyebabkan tujuan utama tidak tercapai.
            Setiap langkah dalam perawatan yang dijalankan oleh jururawat mungkin boleh menyebabkan medication error. Pengiraan dos ubatan yang salah seringkali terjadi pada bayi dan kanak-kanak kerana dos yang diberi perlu diubah suai mengikut berat dan umur pengguna. Ini dibuktikan oleh satu kajian daripada The Food and Drug Administration (FDA 2003) Med Watch iaitu sebanyak 105 kesalahan daripada 1000 pesakit kanak-kanak menerima kesalahan ubatan. Menurut Guidelines Medication Error Reporting oleh Eisah, A.R. (2009). Medication error tidak sahaja disebabkan oleh salah pengiraan dos,tetapi juga disebabkan kesalahan dalam preskripsi ubatan, pengabaian dalam pemberian ubatan, masa pemberian ubatan yang salah, kesalahan dalam penyediaan ubatan, dan pesakit yang tidak compliance pada ubatan. Berbeza dengan pendapat Allan dan Barker (1990), jenis medication error dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada prescribing, dispensing dan administration.
             Justeru itu, beberapa langkah penyelesaian perlu diaplikasikan untuk mengurangkan kadar medication error. Cadangan  oleh The Massachusetts Nurses Assosiation supaya mengamalkan prinsip Six Right (Colleron-Cook 1999) iaitu right patient, right dose, right time, right route, right documentation and right to refuse. Ini disokong oleh Melissa C.S(2005),iaitu kepentingan mengamalkan prinsip Five Right. Menurut Matt Griffiths(2009) pengendalian ubatan yang selamat adalah dengan melakukan double checking. Ini turut dinyatakan dalam pendapat oleh Fijin et al(2002).
            Tambahan pernyataan oleh Wyles and Rehman (2005) pemberian ubatan perlulah teliti. Medication error dalam kalangan jururawat pelatih boleh dielakkan dengan penyeliaan daripada jururawat klinikal untuk pemerhatian semasa pemberian ubatan.  Manakala pendapat oleh Davies et all (2009), beliau menyatakan bahawa komunikasi diperlukan di antara pemberi ubatan dan individu yang menerima ubatan. Selain itu, jururawat pelatih juga digalakkan untuk menghadiri program orientasi sebelum menjalani praktikal di penempatan klinikal supaya dapat lebih mengenali kawasan dan kedudukan klasifikasi setiap ubatan.
             Kesimpulannya , jururawat hendaklah mengamalkan pelbagai cadangan oleh mereka yang terlibat contohnya  komunikasi yang baik, amalkan prinsip   Six Right  dan double checking supaya dapat mengelakkan kesan buruk kepada pengguna ubatan seperti kematian.
                                                                                              (470 patah perkataan)











4.0 Reka bentuk kajian dan metodologi
4.1 Reka bentuk

Kajian ini bermula pada minggu ke-2 iaitu pada 4 Julai 2011 dan berakhir pada minggu ke-12 iaitu pada 30 September 2011.
Pengkaji menggunakan research design berbentuk quantitative dan qualitative dimana kajian kami adalah untuk mencari perhubungan  , sebab dan kesannya serta menghubungkaitkannya dengan hypothesis yang telah ditetapkan.
Quantitative yang kami pilih berdasarkan descriptive manakala qualitative pula berdasarkan phenomenology.







4.2 Penetapan, populasi dan sample
Kajian  ini  telah  dijalankan pada 11 Ogos 2011 di Kolej Kejururawatan Melaka dan diadakan di tempat yang berlainan bagi setiap semester. Bagi semester 3 , 4 dan 5, kajian dijalankan di dewan kuliah masing-masing. Manakala bagi semester 6, kajian dijalankan di Blok Cempaka pada waktu rollcall  pelatih. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 294 orang.
Penyelidik  telah  memilih  kaedah  rawak  berlapis  dan  sistematik  untuk  memilih  sample  dalam  kajian ini. Sebanyak  25  peratus  responden  dari  setiap semester  telah  terpilih  sebagai   responden   berdasarkan  kaedah  rawak  berlapis  iaitu Semester 3  seramai  18  orang , Semester 4  seramai 23 orang , Semester 5  seramai  11  orang  dan  Semester 6  seramai  20 orang  dan  setiap  pelatih  dipilih  melalui  nilai  gandaan  4  melalui   kaedah  sistematik . Jumlah responden yang terpilih adalah seramai 72 orang .
          
4.3 Prosedur  pengumpulan data dan peralatan

Pengkaji telah mengumpul data melalui Questionnaires berbentuk borang soal selidik yang diberikan kepada responden bagi mendapatkan maklumat dan membantu dalam pengumpulan data dengan lebih tepat.

5. Data analisis dan interpretasi data
5.1 Penemuan
Pengukuran data telah menggunakan descriptive statistics supaya mudah difahami iaitu dalam bentuk penjadualan dan graf. Dalam lakaran jadual pengkaji menggunakan  program  Miccrosoft Office  Word  manakala graf pula menggunakan program  Microsoft Office Excel.


Soalan 1: Kesilapan  pemberian  ubatan  adalah  kerana  keliru  tentang  ubatan  yang  perlu   diberikan
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak setuju
Peratusan
(%)
Lansung
Tidak setuju
Peratusan
(%)

(n=72)

0

0

22

30.55

35

48.6

15

20.8


    Peratusan  yang  paling  tinggi  iaitu  sebanyak  35 responden bersamaan 48.6%  mengatakan  tidak  setuju  dengan  soalan  diberikan .Ini  membawa  maksud  kesalahan  pemberian  ubatan  adalah   bukan  disebabkan  oleh  para  pelajar  yang  keliru  tentang  ubatan   yang  perlu  diberikan.

Soalan 2: Masalah dalam kemahiran mengira ubatan menyebabkan medication error
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
Setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)

(n=72)

0

0.00

47

65.28

22

30.56

3

4.17


 Peratusan  yang  paling  tinggi   adalah  maklumbalas  untuk  setuju  adalah seramai  47 responden iaitu 65.28 %  dari  jumlah  keseluruhan respondan. Ini kerana pengiraan ubatan adalah salah satu kemahiran dalam pemberian ubatan.
Soalan 3: Kekurangan staf di wad merupakan punca ubatan tidak dapat di berikan kepada pesakit pada waktu yang di tetapkan.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
Setuju
Peratusan
(%)
Tidak setuju
Peratusan
(%)
Langsung tidak setuju
Peratusan
(%)

(n=72)

6

8.33

46

63.89

18

25.00

2

2.78


 Peratusan  yang  paling  tinggi  iaitu seramai 46 responden (63.89%) mengatakan  setuju  dengan  soalan  yang  diberikan.Ini kerana kekurangan staf menyebabkan pemberian ubatan tidak dapat diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Soalan 4: Jururawat pelatih kurang kemahiran dalam pengiraan ubatan
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
Setuju

Peratusan
(%)
Tidak setuju
Peratusan
    (%)
Langsung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
1
1.39
29
40.28
28
38.89
5
6.94



 Peratusan  yang  paling  tinggi  iaitu  sebanyak  40.28%  iaitu seramai 29 responden mengatakan  setuju  dengan  soalan  yang  diberikan.Pengiraan ubatan yang salah boleh menyebabkan pemberian  dos ubatan yang diberi  tidak tepat.
Soalan 5 : Tulisan yang tidak jelas di dalam preskripsi.     
Semester
Amat setuju
Peratusan

(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
14
19.44
39
54.17
17
23.61
2
2.70


 Seramai 39 orang responden (54.17%)  menyatakan  rasa  setuju bahawa  tulisan  yang  tidak   jelas  di  dalam  preskripsi  punca  penyebab  medication errorIni kerana ia mendatangkan kekeliruan mengenai nama ubatan semasa pemberian.

Soalan 6 : Kegagalan jururawat pelatih untuk berkomunikasi.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
 (n=72)
4
5.55
35
48.61
29
40.28
4
5.56


Seramai 48.61% responden bersamaan 35 orang  menyatakan rasa setuju bahawa kurang komunikasi dikalangan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan. Ini kerana komunikasi penting sekiranya jururawat  pelatih tidak mengetahui ubatan yang di prekripsikan, mereka perlulah bertanya kepada mereka yang lebih mahir contohnya jururawat klinikal.


Soalan 7 : Stress semasa bekerja menyebabkan kurang tumpuan dalam pemberian ubatan.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
2
2.78
29
40.28
36
50.00
5
6.94


Jadual  menunjukkan 36 orang responden (40.28%)  tidak setuju  dengan kenyataan di atas. Kemungkinan kebanyakan jururawat pelatih telah menangani stress secara bijak dan dapat menumpukan perhatian semasa pemberian ubatan.



Soalan 8 : Penyukatan ubatan cecair dengan hanya memegang botol dan measuring cup dengan kedua-dua belah tangan serta diangkat pada paras mata adalah betul.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
14
19.44
36
50.00
16
22.20
6
8.33


Seramai 36 orang responden (50%) menyatakan rasa setuju bahawa kurang komunikasi dikalangan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan adalah punca medication error.


Soalan 9: Pemberian ubatan oleh jururawat pelatih mestilah dipantau oleh jururawat terlatih bagi mengelakkan medication error.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
54
75.00
18
25.00
0
0.00
0
0.00


Peratus  amat setuju paling tertinggi  iaitu  54 orang responden (75%).Ini membuktikan kebanyakkan pelatih lebih selesa di pantau oleh jururawat terlatih supaya lebih yakin  dalam pemberian ubatan




Soalan 10: Jururawat pelatih perlu double checking dalam pengiraan dos ubatan.
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
setuju
Peratusan
(%)
Tidak Setuju
Peratusan
(%)
Lansung tidak setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
49
68.06
17
23.61
5
6.94
1
1.38







Didapati peratus tertinggi adalah amat setuju iaitu 49 orang responden (68.06%).Ini kerana Double checking merupakan langkah dalam pemberian ubatan bagi mengesahkan ia adalah ubatan yang betul. 



Soalan 11:Latihan praktikal bagi jururawat pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pemberian ubatan.
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
52
72.20
20
27.80
0
0.00
0
0.00



Seramai 52 orang responden (72.20%)  amat setuju dengan soalan yang diajukan iaitu latihan yang kerap akan mebolehkan seorang jururawat itu lebih mahir dalam pemberian ubatan kerana pernah mendapat  pengalaman yang banyak.




Soalan 12:Jururawat pelatih perlu mengetahui jenis ubatan yang telah dipreskripsikan oleh doctor supaya dapat mengetahui kesan sampingan.
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
47
65.30
25
34.70
0
0.00
0
0.00



 Maklumbalas tertinggi  iaitu amat setuju bagi setiap semester 3,4,5 dan 6 mengenai jururawat pelatih perlu mengetahui setiap jenis ubatan supaya dapat mengenal pasti kesan sampingan ialah  47 orang responden (65.30%). Mengetahui kesan sampingan ubatan adalah penting kerana untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk seperti organ shutdown.



Soalan 13 – Pemberian ubatan perlu direkod dalam carta medication
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan
(%)
Tidak setuju
Peratusan
(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
57
79.20
15
20.8
0
0.00
0
0.00


 Menurut hasil daripada kajian soal selidik peratus yang  tertinggi bagi nilai pemilihan amat setuju  iaitu seramai 57 orang responden (79.20%). Rekod di dalam preskripsi ubatan  adalah bertujuan untuk mengelakkan pemberian ubatan berulang-kali.




Soalan 14 –Salah mentafsir ubat yang diprekrisi oleh doctor boleh menyebabkan medication error.
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
31
43.06
41
56.94
0
0.00
0
0.00

 Menurut hasil daripada kajian questionnaire bilangan yang tertinggi adalah setuju iaitu 41orang responden (43.06%). Kebanyakkan pelatih bersetuju kerana pegawai perubatan seringkali menulis preskripsi dengan tulisan yang tidak jelas dan ia boleh mendatangkan kekeliruan dan kesilapan mentafsir nama ubatan

Soalan 15 – Gangguan daripada individu lain semasa pemberian ubatan menyebabkan kesilapan berlaku.
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
10
13.89
47
65.28
14
19.44
1
1.39


Menurut hasil daripada kajian questionnaire yang  tertinggi ialah bagi setuju iaitu seramai 47 orang responden (65.28%).Gangguan yang di maksudkan di dalam soalan ini adalah seperti permintaan bantuan daripada doktor atau gangguan bising dari pelawat akan mengganggu tumpuan jururawat pelatih semasa pemberian ubatan.

Soalan 16 – Singkatan pada prekripsi ubat menyebabkan kekeliruan jururawat pelatih.
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
16
22.22
43
59.72
11
15.28
1
1.39



Peratusan yang paling tinggi ialah setuju iaitu  seramai 43 orang responden (59.72%). Singkatan pada preskripsi ubatan boleh menyebabkan jururawat  pelatih  keliru dengan nama yang di tulis , sebagai contoh di antara tablet  Maxalon dan Naloxone.


Soalan 17 : Kesalahan  Meletakkan  Titik  Perpuluhan  Dos  Ubat
Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
20
27.78
39
48.05
2
2.78
1
1.39

 Peratus  responden  tertinggi  ialah  bersetuju  iaitu  sebanyak 39 orang responden (48.06%). Ubatan yang disalah letak titik perpuluhan boleh menyebabkan dos yang diberi berlebihan atau berkurangan.




Soalan 18: Mengetahui  Tindakan  Dan  Kesan  Sampingan  Setiap  Ubat  Yang  Diberi
Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
Setuju
Peratusan    (%)
Tidak setuju
Peratusan (%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
3
4.22
50
69.40
18
25.00
1
1.39


Peratusan yang paling tinggi ialah setuju iaitu 69.40% bersamaan 50 orang responden. Mengetahui tindakan dan kesan sampingan ubatan merupakan langkah bagi mengelakkan medication error.




Soalan 19:  Meringkaskan  Tatacara  Dalam  Pemberian  Ubat  Disebabkan Keadaan  Wad  Yang  Sibuk

Semester
Amat setuju
Peratusan
(%)
Setuju
Peratusan
(%)
Tidak setuju
Peratusan
(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan
(%)
(n=72)
1
1.39
16
22.22
42
58.33
13
18.05


 Maklumbalas tidak setuju telah mencatatkan peratus tertinggi iaitu 42 orang responden (58.33%). Kebanyakkan jururawat pelatih tidak menyokong fakta ini kerana wad yang sibuk tidak mendorong seseorang itu meringkaskan tatacara tetapi  ia adalah bergantung pada sikap jururawat pelatih itu sendiri.


Soalan 20 : Pernah  Melakukan  Pemberian  Ubat  Yang  Salah  Kepada  Pesakit  Akibat  Kecuaian

Semester
Amat setuju
Peratusan(%)
Setuju
Peratusan(%)
Tidak setuju
Peratusan(%)
Lansung Tidak Setuju
Peratusan(%)
(n=72)
3
4.17
13
18.06
31
43.05
25
34.72


                                                                                                           

                                                     
Peratusan dari soalan ini menunjukkan 31 orang responden (43.05%) mengatakan tidak setuju mengenai pengalaman pernah melakukan medication error akibat kecuaian sendiri. Peratusan yang tinggi mungkin kerana pelatih  telah menerima teori untuk menjalankan tatacara berdasarkan prinsip Six Right.


5.2 Perbincangan
Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa majoriti jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Melaka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai medication error. Mereka juga telah sedia maklum mengenai punca-punca yang menyebabkan medication error . Oleh itu,kami telah memberi beberapa cadangan supaya  jururawat pelatih mengekalkan teknik pemberian ubatan yang betul bagi mengelakkan medication error berlaku.











5.3 Limitasi kajian
Masalah yang timbul sepanjang kajian di jalankan:
1.    Pengkaji tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan kajian menyebabkan pengkaji menghadapi masalah bagi menentukan hipotesis mengenai tajuk yang dikaji .
2.    Masa untuk kajian yang diperuntukkan adalah terhad,menyebabkan pengkaji mengalami masalah dalam kajian.

5.4 Implikasi kajian

Implikasi pada kajian yang dilakukan oleh kami dapat mengenalpasti masalah medication error dalam kalangan jururawat  pelatih kolej kejururawatan melaka, dimana ia disebabkan oleh sikap diri dan pengaruh luaran seperti jururawat terlatih dan
doktor. Keputusan matematik yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat mempengaruhi responden dalam pemberian ubatan. Ini dapat dibuktikan dalam peratusan setuju  responden yang tinggi mengenai kemahiran pengiraan ubatan. Kebanyakkan responden juga mengetahui kepentingan  tindakan setiap ubatan dan kesan sampingan yang telah diberi ke atas pesakit  bagi mengelakkan medication error berlaku.



5.5 Cadangan

Pihak kami telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mencegah medication error berlaku dalam kalangan jururawat pelatih:
  1. Setiap pelatih dikehendaki untuk menyediakan nota kecil berkaitan dengan ubat-ubatan supaya mudah untuk membuat rujukan ketika berada di wad.
  2. Pelatih perlu tingkatkan kemahiran diri dalam pemberian ubatan.
  3. Pelatih juga hendaklah dipantau dan dibimbing oleh staf terlatih ketika pemberian ubatan dipraktikan di wad dari semasa ke semasa.
  4. Mengamalkan teori pemberian ubatan  ketika pemberian ubatan iaitu melalui prinsip ‘6R’.
  5. Jururawat pelatih juga hendaklah sentiasa peka dalam prekripsi ubatan yang ditulis oleh doctor dari segi dos,nama ubat, masa pemberian dan nama pesakit adalah betul.
  6. Jururawat pelatih haruslah diberi pengetahuan tentang ubatan sebelum memberi ubatan kepada pesakit dari segi tindakan ubatan dan kesan sampingan ubatan perlu diketahui.
  7. Jururawat pelatih juga mestilah diberikan ujian matematik untuk menilai kecekapan pengiraan ubatan serta dapat meningkatkan kemahirannya.

5.6 Kesimpulan

Tahap pengetahuan mengenai medication error adalah pada tahap tinggi . Hal ini disebabkan beberapa faktor yang telah dijelaskan pada bahagian implikasi.Terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap pengetahuan jururawat pelatih dalam   medication error.Oleh kerana pengetahuan responden medication error  tinggi  kebanyakkan responden tidak mempunyai pengalaman dalam medication error.Berdasarkan keseluruhan kajian penyelidik mendapati kajian ini mencapai objektif dan hipotesis adalah tepat.

                                                                                        (2147 patah perkataan)








Bibliografi atau rujukan
·         Fijin et al . (2002). Profesional  Accountability : Nursing Standard 2003 , 18, 2, 53.
·         Eisah, A.R. (2009). Guideline On Medication Error Reporting ( 1st Edit ) Malaysia   
: Ministry Of Health Malaysia.
·         Matt, G. (2009). Reflections Medicines Management : Nursing Standard 2009,   23, 46, 28.
·         Allan and Barker, (1990). Medication Error : Profesional Issues And Concern : Nursing Older People 2006, 18, 3, 29.
·         Leape et al. (1991). Medication Error : Profesional Issues And Concern : Nursing Older People 2006, 18, 3, 27.
·         NPSA, (2003). Medication Error : Nursing Older People 2006, 18, 3, 29
·         Wyles and Rehman, (2005). Polypharmacy In Older Adults : Nursing Standard 2011, 25, 38, 54.
·         Davies et al. (2009). Polypharmacy In Older Adults : Nursing Standard 2011, 25, 38,
53. 
·         Melissa,C.S, MD (2003). The Most Common Medication Error. Retrieved 11 April
2005, from http:// www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=55234
·         Colleran-Cook, (1999). Congres Of Nursing Practice. Retrieved 2 August 2011, from  
·         Geiter ,H.(2001). Medication errors. Retrieved 20 July 2011, from
           

·         Nadzam,D,M.(1995). About medication errors. Retrieved 20 July 2001,from



No comments: