shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Monday, September 12, 2011

HX of GH



general hospital of melaka ... that's the place where i commit suicide when tension ... ahaha ... memain jewww... so nak citer perkara2 yg da lepas la pulakk ...





ingat lagi tanggal ... 9 Mei 2006 !! hosp. melaka tlh digemparkan dgn berita kemalangan ....


berikut merupakan lampiran berita tersebut ;


Sebuah ambulans dari Hospital Melaka yang membawa seorang pesakit jantung ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur terbalik dalam perjalanan memaksa semua penumpang yang cedera dikejar balik ke destinasi asal.

Dua buah ambulans lain bergegas ke tempat kejadian dan membawa balik semula semua mangsa - pesakit asal, anak pesakit, dua jururawat dan pemandu - ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan.

Kejadian berlaku di Kilometer 204.3, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara di sini, pagi ini, apabila tiba-tiba tayar ambulans itu pecah lalu terbalik.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi sewaktu Mariam Sudin, 69, dari Batu 11, Kampung Paya Rumput, di sini, dibawa ke IJN.

Turut sama mengiringi pesakit ialah anak perempuannya, Norlaila Abdullah, 27, bersama dua orang jururawat dan seorang pemandu ambulans.

Berikutan itu, Mariam bersama pemandu ambulans berusia 30 tahun, jururawat berusia 27 tahun, jururawat masyarakat berusia 25 tahun dan Norlaila dikejarkan semula ke HM dengan dua buah ambulans dari HM dan Hospital Alor Gajah (HAG) setelah mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan dan lengan.

Ketua Trafik Daerah Melaka Tengah, Cif Inspektor Mohd. Zuki Abdul Ghani berkata, setelah tayar belakang sebelah kanan ambulans pecah, ia terbabas ke kiri jalan dan bergesel dengan penghadang jalan lalu terbalik.

``Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke HM dengan bantuan dua buah ambulans iaitu dari HM dan HAG,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka, Dr. Abu Bakar Mohamud ketika dihubungi berkata, Mariam sepatutnya menjalani pemeriksaan jantung di IJN pada minggu lepas, tetapi ditangguhkan.

Bagaimanapun katanya, Mariam dibawa ke IJN memandangkan tarikh temu janji yang ditetapkan adalah pada hari ini.

Kesemua mangsa stabil dan ditahan di wad pemerhatian di HM sementara seorang lagi menerima rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang.













lagi berita ...  SEJARAH YG berulang








MELAKA 16 Ogos 2011 – Seorang doktor, jururawat dan pesakit wanita parah apabila ambulans yang mereka naiki dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC, Ayer Keroh di sini semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, pemandu ambulans dan seorang pembantu perubatan yang menaiki ambulans itu serta pemandu teksi, hanya cedera ringan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans itu dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Melaka.
Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di simpang empat lampu isyarat itu, sebuah teksi yang datang dari arah MITC menghala ke Seri Negeri gagal dikawal lalu merempuh ambulans tersebut.
“Akibat rempuhan itu, doktor dan jururawat yang mengiringi pesakit wanita di dalam ambulans mengalami cedera parah. Kesemua mereka dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, pesakit yang menaiki ambulans itu ialah mangsa samun yang ditetak dan perlu dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang saksi, Tan Bun Han, 40 berkata, ketika kejadian dia berada di belakang ambulans tersebut namun terpaksa berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah.
“Tiba-tiba, saya nampak sebuah teksi muncul dari arah MITC lalu merempuh bahagian belakang kiri ambulans yang menghala ke arah plaza tol Ayer Keroh.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan ambulans tersebut hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan,” katanya.


Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


















AL-FATIHAH BUAT SN Yuhana Yasin:







LAGI BERITA .... DI BAWAH =>




Melaka: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Kejadian di persimpangan Seri Negeri-MITC, itu menyebabkan pesakit, Mariam Baba, 73, yang disamun di rumahnya di Bukit Rambai, kira-kira sembilan jam sebelum itu dan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera parah dan kini menerima rawatan intensif di Hospital Melaka (HM).

Sementara itu, jururawat, Yuhanis Yasin, 30, juga dirawat di HM, manakala doktor lelaki berusia 25 tahun terpaksa dirujuk ke HKL akibat kecederaan parah dialami.

Dua lagi mangsa, pembantu perawatan dan pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, masing-masing berusia 56 dan 41 tahun, hanya cedera ringan, manakala pemandu teksi dikenali, Ali Muhammad Don tidak cedera.

Menurut Tan, dia berada di belakang ambulans dan mendakwa melihat kenderaan itu dilanggar teksi berkenaan di bahagian belakang menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

“Saya berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah dan memberi laluan kepada ambulans meneruskan perjalanan.

“Tiba-tiba muncul teksi dari arah MITC melanggar sebelah kiri di bahagian belakang ambulans menyebabkan ia terhuyung-hayang sebelum terbalik ke sebelah kanan.

“Saya terus memandu ke arah ambulans untuk memberi bantuan,” katanya.

Tan berkata, dia kemudian didatangi seorang lelaki mengatakan ibunya yang sakit berada di dalam ambulans dan menolongnya dengan dibantu pemandu dan atendan ambulans.

“Kami membuka pintu belakang ambulans dan ternampak pesakit sedang tertiarap, manakala doktor lelaki yang cedera di kepala berusaha keluar sendiri melalui cermin hadapan yang pecah sebelum baring di bahu jalan.

“Saya kemudian membantu atendan dan pemandu ambulans mengeluarkan pesakit sebelum orang ramai datang membantu lalu saya menelefon talian kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian membabitkan kakitangan HM dan pesakit terbabit.

“Saya difahamkan keadaan pesakit wanita dan jururawat adalah tenat dan masih dirawat ketika ini, manakala doktor sudah dirujuk ke HKL. Pemandu ambulans dan pembantu perawatan pula cedera ringan,” katanya.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah, Asisten Superintendan V Gunasegaran berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ambulans dari HM sedang membawa pesakit menuju ke HKL memberi siren dan terus bergerak ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC.

“Apabila tiba di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah teksi keluar dari simpang MITC ke Seri Negeri menyebabkan ambulans berlanggar dengannya dan terbalik.Menurutnya siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 








No comments: