shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Monday, May 2, 2011

DIA

Malam ini aku keseorangan lagi . Teman – teman semuanya sibuk dengan tugasan masing – masing . Ya boleh dikatakan tugasanlah . Yati tak habis – habis ke hulu ke hilir dengan boyfriend . Asmah pula berulang - alik ke rumah sepupunya . Hanya tinggal aku yang kesunyian meredah malam – malam yang sepi tanpa hala tuju . Hujung minggu ini tidak ubah seperti minggu - minggu yang sudah . Habis berjalan di kota, aku pulang mengadap buku –buku yang saban hari menjadi temanku yang paling akrab. Dialah yang menjadi pengubatnya kala aku suka dan berduka. Mahu pulang ke desa , tempat itu umpama telah membakar kakiku ini untuk melangkah ke sana kembali . Aku terjumpa sekeping nota, bunyinya begini.

“ Hari itu kita berjalan sekali,
Seronokkan berjalan sambil bergurau…
Tapi lagi seronok bila awak beri hadiah tu.
Itulah hadiah yang paling saya tak boleh lupa.
Senyuman manis awak . . .
Esok , lusa bila saya dah tak boleh jalan,
Saya harap awak iringi saya macam selalu . . .
Sebab saya dah tak boleh nak panggil awak.
‘Awak yang kena datang sendiri .’
Masa ni saya nak awak berikan hadiah juga.
Tapi bukan senyuman awak tu . . .
Saya nak awak hadiahkan saya Al-Fatehah.
Lepas tu awak bacakan untuk saya ya,
Sebab saya dah tak boleh baca sendiri . . .
Kemudian bila ada orang letak papan ,
Awak jangan nangis atau cari saya sebab
saya dah tak boleh tegur awak . . .
Janji ya .



“Kalau aku dah tiada nanti kau jangan lupakan aku ya , ” kata Kamal. “ Tapi Mal . . . ” lidahku kelu. Aku jadi sangsi . Mengapa mesti Kamal bicara sedemikian rupa. Teringat lagi pada hari pertemuan kami yang terakhir . Pertemuan yang aku pinta untuk berpisah dengannya . Tak kusangka itu merupakan perpisahan yang abadi . Perginya yang tidak kutahu apa punca . Tiba-tiba ingatanku menjadi kelam . Kegelapan menerjah kini . Muncul Kamal yang berpakaian serba putih , tapi . . . pakaiannya penuh dengan lumuran darah . Aku kaget . Di manakah aku ? semuanya gelap hanya tinggal aku dan Kamal . “Mal!! Aku kat mana ni?” namun Kamal hanya diam seribu bahasa . “Kau mesti tolong aku Lisa. Tolong aku . . . tolong aku ! ” “ Mal, kau nak aku buat apa?” aku cuba menghampirinya tapi langkahku hanya setempat . Makin lama Kamal makin menghilang . “Mal . . .” Prangg… mug di atas meja pecah berderai mematikan mimpiku . Mimpikah atau aku hanya berkhayal barangkali . “ Apa maksud Kamal? ” Aku cuba mengamati mimpiku itu . ‘Ah , persetan semuanya . . . mimpikan mainan tidur je’ omelku cuba positif . kuselitkan kembali nota yang kujumpa itu .ntah siapalah yang punya nota ni.

No comments: