shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Monday, May 2, 2011

admire

Di sinilah bermulanya cerita daku. cerita yang mengisahkan hidupku bermulanya menginjak keusia remaja. seingatku ...bermula ketika aku menjejakkan kakiku ke sek men. di sini aku mula bergaul. ya... amat mudah sekali terpengaruh.aku mula tergolong di dalam kumpulan kecil yang nakal.oppsss... janganlah salah sangka pula, nakal je bukan jahat tau! tambah parah apabila aku rapat pula dengan senior...haha kelakar jugalar, tapi inilah yang telah mengasah lagakku.di sini jugalah aku sudah pandai bermain dengan hati dan perasaan. Suka , benci, dan dendam.


Tahun baru, alam baru,sekolah baru, dan sahabat yang baru. Macam – macam yang aku fikirkan bila dapat tawaran untuk duduk di asrama . dunia seakan-akan kelam memamah waktu. tibalah saat aku mendaftarkan diri di SEKOLAH SRI KUANTAN kini lebih dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH SULTANAH HAJAH KALSOM. Berdebar , takut, dan gelisah... itu sahaja yang dapat aku gambarkan waktu itu. Hari pertama orientasi. Melangkah ke dewan dan itulah pertama kali aku melihat manusia yang amat banyak... haha kelakar pula cakap macam ni tapi itulah kenyataannya. Kami semua ditempatkan di dalam kumpulan. seingatku aku sekumpulan dengan rafidah... ya aku tak tahu di mana dia sekarang, teruk betulkan ?! dan hafiz … , ya hafiz ! dia ni aku kenal masa mula-mula masuk sekolah tu sampailah aku kat boarding scool pun dia add juga. Sebut je pasal ni, aku terkejut apabila suatu ahad tu ma dan abah datang bawa sampul besar tertera ‘URUSAN SERI PADUKA BAGINDA’ . hmmm… apalagi kagetlah jawabnya.aku memang berharap sangat pun. Haikal merupakan pelajar yang pertama yang meninggalkan 1 asfar tu.sedihlah juga masa tu, haikal pula sempat bagi wasiat, hehe… “kalau ada kawan-kawan yang dapat tawaran nanti, aku nasihatkan korang pergilah.”lebih kurang macam tulah katanya. Dan semenjak hari tu aku dah nekad. “I’ve to change.”


Pendaftaran pelajar form four. Petang tu macam biasa makan petang, aku dan senior bilik aku ke DEMA, dewan makan sebenarnya. Waktu dan tempat yang biasa , macam tempat tu kami punyalah. Masuklah student form four yang baru ni. Lelakilah kalau perempuan tak kami nak tengok. “Sha, cuba ko tengok mamat yang pakai baju putih , yang pakai topi tu…”sergah kak Julie padaku. Aku memang dah lama Nampak student tu. “Yang mana?” soalku minta kepastian, yalah kak Julie tu pantang tengok student yang hensem sikit. Alamak ! dia duduk mengadap dengan kami pulak. Kak Julie dah macam kerang busuk lebar sengihannya. “ha , yang kat depan kita ni.” Bisik kak Julie . alah mamat tu duduk jarak satu meja je. “a’ah… hensemlah kak Julie, tapi macam poyo je.”sampuk kak nana. “Erm… Nampak poyo!” aku cover je sebenarnya. Yalah baru form one kan. Mula admire …


Tanggal ogos 4, 2003 aku mendaftar di sekolahku yang baru.
Sepanjang minggu orientasi ni amat memenatkan. Masa nilah aku dapat tahu hafiz pun pindah juga. Majoriti student 1 asfar dapat tawaran sekolah lain, tupun surat yang aku dapat dari joe. Suratnya yang pertama dan terakhir. Di sini aku bertemu kembali dengan rakan-rakan dari kisah silamku. Nana , aisha , dan sahlan. Mulanya kami akrab juga. Kemudian masing-masing mengarah tuju yang berbeza bila kami tak ditempatkan sekelas. 1 astrologi, yang pada mulanya kelas france tapi dibubarkan oleh pentadbir kerana tiada tenaga pengajar. Kecewa jugalah mulanya. Selama ni kat sekolah aku tak pernah tumpukan perhatian bila cikgu mengajar kat depan. Mesti aku duduk kat sit yang paling belakang, senang nak tidur. Tapi masuk kat sekolah ni cara belajarku berubah kerna aku sedar persaingan sengit dengan orang-orang sekelilingku. Tapi masalah aku yang hakiki adalah aku perlu belajar bahasa ARAB. Tidakkk …


Tahun baru, pelajar baru dan hubungan baru. Pada ketika inilah aku mendapat seorang kakak angkat…yang tak kusangka anak Dato’. Ibu dan ayahnya pada pengamatanku amat baik, kakakku juga baik Cuma yalah pemalu sikit. Yalah baru lagi dan baru pertama kali berpisah dengan keluarga. Teringat masa ma dan abah tinggalkan aku di asrama dulu. Aku tak nangis Cuma nervous dengan apa yang bakal senior aku nak buat kat aku nanti. Alhamdulillah mereka semua baik-baik Cuma nakal sikit. Ini mengajar aku untuk tidak membuli freshie baru . dalam sibuk-sibuk menolong yang seadanya, dah jumpa dah! Boleh tahanlah… tapi lama-lama tengok macam muka adikku pula. Azizul namanya.tahun berganti tahun dan kali ni aku mendapat adik angkat pula, bukan seorang tapi dua. Seorang yang sekolah tetapkan dan seorang lagi kerana simpati . hidup dan pelajaran diteruskan seperti biasa kerna kau akan menduduki PMR tak lama lagi.


Minggu bahasa : “Bahasa Arab” bilik tu sesak dengan pelajar. Aku yang kurang berminat dengannya terpana apabila mendengar kefasihan seorang pelajar tingkatan 5 menyampaikan syarahan Arabnya. Rasa kagum meresap ke jiwa. Aduyai … admire lagi. Tamat sekolah tahun ni, aku cuba contact dia . M.H.M.Y Nilah singkatan yang aku gunakan untuk namanya. Alhamdulillah persahabatan berjalan baik. “ I will always do my best to goal my determination and leave the rest.” Inilah prinsipku yang sentiasa bercanggah kadangkala . tahun yang baru mengubah aku sedikit demi sedikit . pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar , dan aku tidak terkecuali menyibuk di koperasi sekolah. Waktu rehat yang ditunggu-tunggu menjadi sasaran. Yalah nak tengok freshie baru alias nak tengok ramai ke mamat-mamat macho. Hehe …balik kelas mulalah musyawarah diadakan dikalangan pelajar-pelajar perempuan. ada seorang yang menarik perhatianku tapi ramai kawan-kawan aku yang ‘kutuk’ dia . tak kisahlah yang penting 40 percent ciri-ciri tu ada pada dia . masalah bertimbun hari demi hari , salah aku juga yang kuat protes dengan peraturan-peraturan sekolah . satu perkara yang paling aku tak puas hati adalah dengan tindakan guru disiplin yang tidak wajar. “ Heh , what’s the point he sent me to the camping . I didn’t do something wrong !” mungkin sebab aku dikalangan yang popular dimatanya dengan pemberontakan. Masa nilah pergolakan yang maha hebat berlaku dalam hatiku. Aku tak tahu kgenapa aku cepat sangat melenting tak kira masalah tu kecil je.


Tahun baru, azam baru dan pengalaman yang serba baru dan mencabar .
Aku juga mendapat adik baru dan kali ni atas kehendak aku sendiri. Asyraf seorang adik yang kuangkat kerana peribadinya, kerana ciri-cirinya yang menapati ciri yang aku suka buat seorang yang bergelar lelaki. Sayangnya perkenalan hanya sementara kerana perbezaan usia aku terpisah dengannya dan aku amat berharap suatu hari nanti aku akan temuainya kembali. Akan tibakah hari itu?? Sungguh aku lebih menjaga tatsusila pada tahun ini kerana aku malu jika adikku melihat kenakalan kakaknya ni. Yalah kadang-kadang kelakar juga sampai aku nak segan dengan budak kecil macam tak logik kan? Inilah sebahagian penangan dari peribadinya yang aku sentiasa tika dikalangan teman. Hmm … kisah aku mengambil dia menjadi adikku bermula dengan cabaran dari teman-teman. Takut juga pada mulanya tapi dengan senioriti yang ada aku kuatkan diri . Alhamdulillah hasrat aku tercapai , sengaja aku sahut cabaran tu sedangkan hasratku Cuma satu.


Engkau yang pertama tapi tidak akhirnya …

((tammat))
** semua jalan cerita hanyalah nukilan semata-mata tiada unsur penghinaan atau peniruan dari sebarang pihak **


by shirifuhano shah elisa

2 comments:

Eris Eins said...

MHMY? ok fine. boleh clarify skrg. aku mcm kenal je. heh ;)

Norel said...

erk ???eris .... no need for any clarification ... hihi