shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Sunday, June 20, 2010

.:::: MaSa yAnG SuKaR:::.

.......... sukar hendak dikhabarkan tetapi inilah hakikat ..........


kami dibesarkan oleh ibu dan bapa yang tidak pernah kenal erti payah ... tidak pernah jemu berusaha ... tidak pernah kering kasih dan sayang ... WALAU berbagai-bagai rintangan yang harus ditempuh ...
  • JIKA DAHULU !! amat sukar untukku mengenal barangan yang berjenama bahkan ingin memilikinya jauh sekali ...
  • JIKA DAHULU !! sukar sekali ingin bergerak ke mana-mana inikan pula hendak melancong ...
  • JIKA DAHULU !! kami sering dipertikaikan mahupun tidak dibanggakan ...
tetapi tidak lagi kini ...

jerit perih kehidupan kulalui ... segala caci dan maki ku acukan ke tepi ... aku hanya ada mereka ... IBU BAPA dan ADIK-ADIK ... bukan niatku memutuskan saudara ... bukan hasratku membalas dendam di dada ... tetapi aku cuma ingin membahagiakan mereka ... ya , mereka kedua-dua orang tuaku . aku juga ingin benar menjadi dahan yang kuat buat adik-adikku berlindung.


...............:::::::::::::: MaSa yAnG SuKaR , ApAbIlA hArUs mEmBuAt pIlIhAn::::::::::::...................

seusia gadis belasan tahun ... aku mula mengenal erti pengorbanan , kata MA "mengalahlah ... kita tu yang sulung " ... mulanya aku protes ... protes amat . Hendak yang berkehendak tetapi tak dapat , siapa yang hendak ? tapi lama kelamaan aku mula memahami , hari demi hari kau belajar berdikari (mungkin ini sahaja cara untuk memiliki sesuatu dengan kepuasan maksimum)

habis persekolahan , aku bekerja sebagai pembantu jualan
, BARU AKU TAHU , untuk nilai RM500 sahaja ... penatnya tidak terkira , dengan kaki yang kejang setiap hari , dengan perut yang lapar dan dahaga , dengan kerja yang bertimbun , ini mematangkan lagi belanjawanku ... kini aku SANGAT MENGHARGAI WALAU NILAINYA rm1 ...

sambung belajar ... aku sangat berbangga kerana dalam kalangan keluarga belah abah ... aku berjaya buktikan aku BOLEH atasi anak-anak mereka . mereka sangat memandang rendah padaku ... tak mengapa " SEMUA nya AKAN kukenang ... TERIMA KASIH"-
habis matrikulasi aku diberi pilihan ... sambung ijazah dan menganggur
atau buat diploma kejururawatan dan bekerja ... lama aku terdiam ... lama aku termenung , usai solat istikharah , aku membuat keputusan yang membentuk kehidupanku kini .aku berharap ini pilihan yang terbaik ... berkhidmat pada masyarakat ...

=:=:=:=:=:=:=:=:=(((((( saya sayang sangat keluarga saya))))))=:=:=:=:=:=:=:=:=:=:=:=

No comments: