shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Wednesday, April 7, 2010

MaSiH LaGi kEcIl ...

Tatkala ini aku masih belum mengerti apakah itu kasih dan sayang...aku masih belum memahami tanda cinta dari orang tuaku. Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana telah mengajarku erti kesyukuran. Namun dalam kebahagiaan yang ingin aku kecapi, dalam minda yang aku kira masih lagi kecil, aku kian memberontak , meronta ingin melepaskan diri dari kecemburuan rasa. Ya, aku amat sensitif apabila membicarakan soalnya rasa. Aku sangkakan abah tidak menyayangiku lagi saat itu. Pada tika itu aku seumpama menyimpan satu amarah dan dendam ... 'kenapa mesti abah mendahulukan anak orang lain , aku ni siapa ?Sedangkan akulah yang patut diutamakan'. Alasan yang diberi abah tidak kuterima pakai, dalam usia yang masih kecil lagi aku dengan sebulat hatinya membantah. Panjang rajukku tika itu.

Merangkak ke dunia persekolahan, aku mula kenal dunia luar. Namun pergaulanku sentiasa berbatas. Bersekolah di sekolah perempuan Methodist membuatkan aku kasar dengan insan yang bergelar lelaki. Yalah, lagipun sedari kecil lagi aku berkawan dengan lelaki, dan ini merupakan titik tolak perubahan yang drastik. Berusia 8 tahun, aku sudah berfikiran agak matang dalam menguruskan perjalanan harianku pergi dan balik dari sekolah. Sering dikacau pelajar-pelajar lelaki dari sekolah yang lain membuatkan aku teramat bencikan lelaki saat itu. Jahat... jahat...jahat... hanya itu yang meniti dibibirku. Aku menjadi antara pelajar yang digemari guru... bukan memuji diriku ini tapi ini adalah hasil usaha aku yang selalu meluangkan masa membantu guru ketika itu. Iyalah... sudah budaya disana. Dendamku kembali membara tatkala sepupuku menaburkan fitnah ,menceritakan perihal aku meminati guru lelaki yang muda ,baru sahaja mengajar disekolahku. Marah... tapi aku hanya berdiam diri. Tiada guna menegakkan benang yang basah. Tapi malu itu kekal berbekas dihati ini.

Setiap ujian dan peperiksaan yang aku duduki.. cemerlang.. dan aku hanya menunggu ganjarannya. Pasti setiap yang aku inginkan akan kuusahakan. Teringat disubuh hari, aku melihat kasih seorang abah yang mengasah dan menyediakan alatan untuk peperiksaanku. Hatiku tersentuh... ah, abahku selalu begitu, tidak pandai memaparkan rasa sayangnya pada anak-anak.Dengan setiap ketegasannya, membuatkan hubungan kami sedikit renggang. Aku memang seorang yang pendiam dikalangan keluarga, tapi kaki kepoh dikalangan rakan-rakan. Entah mengapa tiap kali apabila bersama keluarga, aku menjadi kekok, pasti aku akan menyepi atau kelam tanpa bicara. Aku membesar dengan ma yang garang dan abah yang tegas.

Hatiku parah lagi apabila aku melihat adik-adikku lebih dimanjakan." Ma dan abah tak pernah nak bezakan kamu adik-beradik" -bersambung

No comments: