shirifuhano shah elisa

Total Pageviews

welcome to my blog : shirifuhano shah elisa

HTML Code


click to create your own

... MY WISH LIST ...

=MED XENZIA=

welcome to my blog ... hope that we always could share and discussing some tips and issues here

" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah"





Thursday, March 25, 2010

akoo... dan kamooo ... dan .... kamooo....

Thursday, March 25, 2010

Hari ini masa tetap berlalu pergi seperti sediakala , melihat teman –teman yang bergembira, berseloka , bahagia bersama pasangan sendiri membuatkan aku makin sukar untuk menggambarkan perasaan ini. Tiap kali aku terkenangkannya, tiap kali aku mengingatinya aku kian sebak. Mungkinkah sudah takdir untuk aku hanya menyendiri, tiada cinta yang pasti.tiada lena menguliti mimpi? Kenapa mesti aku… aku… aku?!! Saat-saat indah bersama dahulu kini hanya makin terkubur dari ingatan. Mestikah hubungan yang kami bin a itu aku pincang-pincangkan? Kata orang mengapa mesti menjalin kasih andai janji itu tidak diturutkan. Salah akukah kerana menolak cinta yang cuba dibajai , salah akukah kerana kerapkali diam menyepi? Bagaimana pula dia, ego yang sentiasa merajai hati. Sentiasa memberi aku kata-kata yang tidak pasti ?

Kuliah sepi, senyap tiada bicara apatah lagi suara-suara sumbang yang sentiasa menghangitkan suasana.( jan-jun/10)

semua masih lagi tekun belajar ... bukan selalu kami begini , apabila tiba hari yang penting terutanmanya peperiksaan , semua kembali tegang , mula fokus dan serius dalam pembelajaran masing2. Aku masih lagi di bilik berkira-kira bila bukuku akan dibuka , bukan malas tetapi seperti terdapat kekangan dalam setiap tingkahku. Ya, aku mesti kuat untuk menggalas beban ini , nampak sahaja aku seorang yang tabah, umpama tidak pernah ditimpa permasalahan, namun jauh di sudut hati siapa yang tahu .Esok adalah peperiksaan terakhir , kami beramai-ramai berkumpul di ruang tamu rumah , ( group discussion mungkin) , berborak sambil belajar. Malam ini aku berasa sangat berdebar , mungkin gentar sedikit untuk peperiksaan keesokkan harinya. 1 jam , 2 jam ... tiba2 aku mendapat pesanan ringkas ... " I da jatuh hati dengan Lisa " . masa tu tuhan sahaja yang tahu perasaan yang bergoalk dalam hatiku .' Dugaankah ini ? Kenapa perlu kau hadir setelah sekian lama, mengapa kau menyatakan tatkala aku sudah terlupa ???' Aku cuba singkirkan getaran itu , hari esok lebih penting kan?


28 haribulan JULAI ,2010

akhirnya aku berjaya lulus peperiksaan SUMATIF ini dengan jayanya. Pointer pon okay laaa ... walaupun lagi sikit nak dekan . Housemateku pun semuanya berjaya meneruskan perjalanan ke Tahun 2, syuhainie bakal dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dlm perhimpunan akan datang .


sofiah, syuhainie, sharifah elisa , suraya, fadillah, amieza







02:07:10

hidup rasa sangat bosan ... SEM 3, kami dpisahkan ... tiada lagi housemate yg suka havoc dan riot ... huhu ,rindu korang aa ... huhu , sekian .


No comments: